Maman merupakan sayuran hijau yang agak terkenal di Negeri Sembilan.
Anda setuju?

Tidak dinafikan Maman juga mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri.
Kami kongsikan informasi berkaitan Maman.
Semoga bermanfaat                         
;)
#jommakansayur 
#maman

#khasiatmaman 
#sayurantempatan

#ghontikananemia

 

COVID-19 AMALKAN PEMAKANAN SEIMBANG & PELBAGAI

Anda disarankan untuk pelbagaikan jenis makanan daripada sumber kumpulan makanan yang berlainan. Jangan hanya bergantung kepada sesuatu jenis makanan yang " dikatakan" boleh mencegah / merawat COVID-19 yang belum tentu terbukti kesahihannya secara saintifik❗️

Tiada satu makanan yang dapat membekalkan kesemua jenis nutrien yang diperlukan tubuh badan kita.

Jadi, pemakanan sihat yang seimbang & pelbagai ini amat penting dalam menjaga tahap kesihatan kita dan mencegah penyakit terutamanya semasa negara dilanda wabak COVID-19 ini.


#COVID19
#stayathome
#seimbang
#pelbagai
#infopemakananKKM
#NutritionistKKM




COVID-19 CIPTA MENU RINGKAS BERKHASIAT

Tempoh PKP ini adalah masa keemasan buat ibubapa untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Jangan biarkan anak-anak hanya menonton rancangan kartun di kaca TV sahaja. Anak-anak sukakan cabaran dan aktiviti bersama ibu bapa sangat dinantikan mereka.Ramai ibu bapa buntu untuk menggalakkan anak mengambil makanan sihat dan inilah masanya ibu bapa meluangkan masa membentuk kecintaan makanan sihat. Jangan risau tentang barangan yang mungkin terhad di dapur anda. Hanya GUNAKAN BAHAN APA YANG ADA dan cipta sesuatu yang menarik sebagai contoh agar-agar yogurt ini. Hidangan ringkas tetapi berkhasiat adalah bermakna buat mereka.Gantikan penggunaan GULA dengan JUS BUAH atau hadkan penggunaan gula separuh daripada resipi biasa. Gunakan serbuk agar-agar yang kosong untuk mengelak pewarna tambahan atau guna pewarna semulajadi daripada daun pandan, buah naga atau buah oren. Tambahkan jus buah atau potongan buah dalam hidangan ini, ajak anak untuk mengenal buah dan ajak mereka lakukan bersama aktiviti ini.Anak pasti menyukainya dan tidak sabar untuk merasai hidangan yang mereka sendiri sediakan. Cubalah ibu bapa, Anak anda pasti gembira dan ini kenangan buat mereka. Aktiviti sihat seperti ini bakal membentuk generasi sihat akan datang. Ibu bapa bertanggungjawab mewarnai corak pemakanan anak-anak. Usahakan ke arah yang lebih sihat.

#stopcovid19
#stayhome
#dudukdirumah
#kitamestimenang
#makansecarasihat

#stopcovid19
#stayhome
#dudukdirumah
#kitajagakita
#kitamestimenang
#nutrision

Senaman kawalan pernafasan terbukti mampu mengurangkan gejala kebimbangan dan stress.Apabila anda bernafas dengan teratur dan tenang, otak akan menerima mesej bahawa tubuh dalam keadaan yang tenang. Situasi ini akan mengaktifkan proses autonomik saraf yang mengawal penghadaman makanan dan degupan nadi.Kaedah kawalan pernafasan yang paling mudah bokeh dilakukan dengan berbaring sahaja (tanpa bantal)Cuba lakukan rutin ini, anda pasti akan merasai perbezaan!

#stopcovid19
#stayhome
#dudukdirumah
#kitamestimenang