Tarikh    8 Oktober 2024

Masa     : 10pg-12tgri
Lokasi  : NADI Sungai Sireh 
Peserta : Wanita

 
Tujuan

NADI x Mahir Masak adalah inisiatif yang bertujuan untuk memperkasakan komuniti dengan kemahiran praktikal, di mana program ini menyediakan pelbagai modul pembelajaran termasuk dalam bidang masakan. Program NADI xMahir Masak dirancang khusus untuk membantu individu yang ingin meningkatkan kemahiran memasak mereka, sama ada untuk keperluan harian, kesihatan, atau sebagai langkah memulakan perniagaan makanan.

Aktiviti

Peserta akan mempelajari teknik memasak daripada asas hingga ke tahap lanjutan mengikut masa yang telah ditetapkan iaitu seminggu sekali selama 1 hingga 2 jam kelas. Peserta perlu mengikuti kelas secara atas talian.


Tarikh    07 Sept 2024

Masa     : 10pg-12tgri
Lokasi  : NADI Sungai Sireh 
Peserta : Pelajar sek

 
Tujuan

Pertandingan Machine Learning (ML) peringkat NADI Sg Sireh diadakan sebagai usaha mempertingkatkan kesedaran serta minat dalam kalangan belia mengenai teknologi kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin (ML). Aktiviti ini dirancang untuk mendedahkan peserta kepada asas-asas ML melalui cabaran-cabaran yang memerlukan analisis data, pembinaan model, dan penilaian prestasi model. 

Aktiviti

Pengenalan kepada ML dan AI mengenai sesi taklimat oleh petugas mengenai pertandingan ML. Pelajar perlu berdaftar di dalam ML terlebih dahulu bagi menentukan siapa pihak lawan yang akan bertanding. 


Tarikh    15 Sept 2024

Masa     : 10pg-12tgri
Lokasi  : NADI Sungai Sireh 
Peserta : Pelajar Sekolah

 
Tujuan

Aktiviti ini dianjurkan sempena cuti sekolah untuk memberi peluang kepada pelajar menimba kemahiran baru dan mengisi masa lapang dengan aktiviti kreatif. Gubahan cupcake dipilih sebagai tema kerana ia mampu menarik minat pelajar untuk mencipta sesuatu yang menarik dan lazat dalam suasana yang santai. Aktiviti ini juga dapat meningkatkan kreativiti pelajar dalam bidang seni kulinari.

Aktiviti

Petugas memberi taklimat tentang asas menghias cupcake dan membakar cupcake, termasuk cara menggunakan krim, pewarna, dan peralatan menghias. Petugas juga menunjukkan beberapa teknik mudah seperti membuat bunga ros menggunakan krim.

Gambar disini


Tarikh    14 Sept 2024

Masa     : 10pg-12tgri
Lokasi  : NADI Sungai Sireh 
Peserta : Pelajar Sekolah

 
Tujuan

Aktiviti mewarna bertemakan kemerdekaan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) ini telah dijalankan bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan peserta serta menggalakkan kreativiti mereka dalam mencipta karya seni yang berkaitan dengan tema kemerdekaan. Aktiviti ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan lagi hubungan antara pemain MLBB melalui acara yang santai tetapi bermakna. 

 

Aktiviti

Aktiviti dimulakan pada jam 10:00 pagi dengan sesi pendaftaran peserta. Setelah itu, taklimat ringkas mengenai peraturan dan garis panduan untuk aktiviti mewarna disampaikan. Setiap peserta diberikan bahan mewarna yang mengandungi gambar watak-watak MLBB dengan elemen kemerdekaan, seperti bendera dan lambang negara.Peserta diberi masa selama 2 jam untuk menyiapkan karya masing-masing. Setelah masa tamat, hasil karya dikumpulkan dan dinilai oleh juri yang terdiri daripada ahli seni tempatan dan penganjur. Kriteria penilaian termasuk kreativiti, penggunaan warna, dan kesesuaian dengan tema kemerdekaan.


Tarikh    18 Sept 2024

Masa     : 10pg-12tgri
Lokasi  : NADI Sungai Sireh 
Peserta : Pelajar Sekolah

 
Tujuan 

Pelajar dapat mengasah kemahiran kreatif murid dalam seni visual. Ia juga mendedahkan pelajar kepada teknik seni kolaj. Petugas menggalakkan pelajar menggunakan bahan terpakai untuk menghasilkan karya seni. Pelajar juga dapat kerjasama dan komunikasi antara pelajar melalui aktiviti berkumpulan.

 Aktiviti

Petugas menunjukkan cara-cara memotong, menyusun, dan menampal bahan-bahan untuk menghasilkan gambar atau corak pada latar belakang. Teknik lapisan, susunan tekstur, dan penggabungan warna turut ditunjukkan kepada pelajar

Gambar disini

Sub-kategori