Masa : 9.00ptg -1.00ptg Lokasi : Pusat Internet Sg Sireh Peserta : 3 orang |
Tujuan
Umum mengetahui semua ibubapa perlu mengemaskini data anak-anak sekolah rendah dan sekolah menengah di laman web public.moe.gov.my.
Aktiviti
Untuk mengemaskini data pelajar ibubapa perlu daftar masuk terlebih dahulu. Ia perlu masukkan nama penuh, no kad pengenalan, no telefon dan emel dan kataluan. Selepas itu, ibubapa perlu logmasuk menggunakan no kad pengenalan dan katalulan yang telah didaftarkan tadi. Kemudian perlu lengkapkan profil anak, alamat ibubapa, maklumat ibubapa, membuat pengesahan pelajar dan cetak borang sekiranya perlu.
Masa : 9.00ptg -1.00ptg Lokasi : Pusat Internet Sg Sireh Peserta : 10 orang |
Tujuan
Kelas ini terdiri daripada petugas dan orang awam bagi menerangkan peranan pusat internet dalam aktiviti akan datang. Perbincangan melalui media sosial seperti di google meet adalah satu medium baru di masa kini sangat mudah. Perbincangan ini tidak perlu berdepan cuma menggunakan video dapat berjumpa dengan rakan-rakan.
Aktiviti
Kelas ini membincangkan mengenai aktiviti yang akan dijalan di pusat internet. Platform yang digunakan adalah google meet.
Masa : 9.00ptg -1.00ptg Lokasi : Pusat Internet Sg Sireh Peserta : 5 orang |
Tujuan
Pelajar yang mengikuti kelas Advokasi Klik dengan Bijak terdiri daripada pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, dewasa, lepasan SPM dan Belia. Pelajar perlu mengikuti kelas ini dengan klik link diberikan oleh petugas. Mereka perlu menjawab semua soalan daripada slot 1 hingga slot 10. Mereka perlu mengumpul menjawab soalan dengan betul.
Aktiviti
Mereka yang menjawab soalan dengan betul akan menerima cendehati daripada Pusat Internet Sg Sireh tanda sokongan mereka dalam menjawab soalan kuiz tersebut. Soalan yang meliputi soalan advokasi seperti e-waste, penipuan internet, buli siber dan banyak lagi.
Masa : 9.00ptg -1.00ptg Lokasi : Pusat Internet Sg Sireh Peserta : 1 orang |
Tujuan
Pelajar lepasan SPM mengambil peluang dalam membuat resume secara atas talian. Pelajar perlu membawa dokumen seperti sijil-sijil yang lengkap untuk mengisi resume tersebut. Pelajar menggunakan canva dalam membuat resume bagi memudahkan beliau mencipta resume yang dikehendaki.
Aktiviti
Petugas mengajar cara-cara menggunakan canva denga lebih berkesan. Pelajar perlu memilih resume yang sesuai dengan kelulusan. Resume yang menarik boleh menarik minat penemuduga bila menghasilkan resume yang menarik, padat dan kemas. Canva adalah satu laman web yang boleh digunakan pakai oleh sesiapa saja dalam mencari kelainan dalam mengisian resume.
Masa : 9.00ptg -1.00ptg Lokasi : Pusat Internet Sg Sireh Peserta : 2 orang |
Tujuan
Pelajar sekolah yang terdiri daripada 2 orang sedang mengikuti kelas menaip word. Pelajar diberi penerangan mengenai bagaimana untuk menaip dengan cepat dan lebih teliti. Pelajar menggunakan word bagi membuat latihan.
Aktiviti
Pelajar menggunakan word dalam membuat latihan menaip. Pelajar menaip berpandukan kertas yang telah disediakan oleh petugas. Pelajar menggunakan tools yang sesuai seperti copy, paste, fone, saiz dan banyak lagi.