Masa : 9.00ptg -1.00ptg Lokasi : Pusat Internet Sg Sireh Peserta : 12 orang |
Tujuan
Internet ialah satu dunia yang menarik dan menyeronokkan. Namun, ia juga mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Jika tidak digunakan dengan bijak, ia boleh mengundang pelbagai masalah dan bahaya. Namun dengan adanya internet, anda boleh memperluaskan pengetahuan, berkomunikasi dengan seseiapa sahaja dari seluruh dunia serta membuat transaksi online hanya dalam beberapa saat sahaja.
Aktiviti
Pelajar diberi penerangan mengenai klik dengan bijak, dimana pelajar perlu berwaspada kepada persekitaran. Pelajar membuat latihan menaip apa itu klik dengan bijak. Petugas menunjukkan slide yang perlu pelajar tulis di dalam komputer. Pelajar juga diberi penerangan mengenai panduan keselamatan semasa menggunakan internet.
Masa : 2.00ptg -6.00ptg Lokasi : Pusat Internet Sg Sireh Peserta : 4 orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar sekolah dalam subjek sains. Belajar melalui internet dan mendapatkan soalan-soalan berkaitan sains yang mudah. Soalan yang dikeluarkan berdasarkan pembelajaran disekolah.
Aktivti
Pelajar menjawab soalan yang diberikan dengan menekan satu butang yang telah disediakan. Pelajar menggunakan laman web yang mudah digunakan untuk pelajar.Pelajar menjawab soalan berdasarkan soalan yang diberikan dan jawapan akan diberikan selepas menjawab soalan. Pelajar juga membuat ulangkaji sains dan formula diberikan.
Masa : 9.00pg- 1.00ptg Lokasi : Pusat Internet Sg Sireh Peserta : 11 orang |
Tujuan
Kelas ini terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai klik dengan bijak. Pelajar diberi pendekatan mengenai internet adalah menyeronokkan tetapi mempunyai kebaikan dan keburukan.
Aktiviti
Petugas membentangkan video klik dengan bijak kepada pelajar. Video ini menceritakan bagaimana untuk mengelakkan diri daripada mangsa penipuan internet. Pelajar yang mempunyai telefon bimbit perlu berhati-hati dalam penyebaran maklumat yang tidak benar.
Masa : 9.00pg- 1.00ptg Lokasi : Pusat Internet Sg Sireh Peserta : 13 orang |
Tujuan
Kelas yang teridiri daripada pelajar sekolah rendah mengikuti kelas ini. Kelas ini bertujuan untuk memberi pengetahuan mengenai word dengan lebih mendalam. Pelajar memerlukan latihan dalam menaip di word. Microsoft word sebenarnya tidak mudah jika pelajar tidak membuat latihan.
Aktiviti
Pelajar membuka word dan menulis karangan yang telah diberikan. Pelajar menggunakan tools yang ada seperti bold, underline, no spacing, masukkan gambar. Disamping itu juga pelajar yang telah siap menaip karangan, pelajar perlu menyimpan dokumen kedalam komputer supaya tidak hilang. Pelajar menekan butang simpan (save) dan seterusnya menulis nama masing-masing dan simpan.
Masa : 10.00pg- 1.00ptg Lokasi : Pusat Internet Sg Sireh Peserta : 9 orang |
Tujuan
Menerangkan tentang kebaikan e-waste yang perlu ada pada setiap pengguna barangan elektronik. Memberi pendedahan bagaimana barangan eletronik yang tidak digunakan dibuang ke dalam kotak yang telah disediakan.
Aktiviti
Petugas menerangkan kepentingan mobile e-waste dalam penjagaan alam sekitar. Barang eletronik yang dimaksudkan adalah seperti pendrive, ipad, table dan barangan elektronik yang lain. Petugas menerangkan cara bagaimana kilang memproses barangan e-waste dari langkah pertama hingga ke akhir.