Tarikh : 20 Disember 2017
Masa : 10.30pagi - 12.30petang
Lokasi : Pi1M Sg Sireh
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Memberi pendedahan kepada peserta untuk mengetahui bagaimana peralatan eletronik di kitar semula Dapat menimbulkan rasa bertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar tanpa membuang sisa buangan ke merata-rata tempat.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan mengenai kitar semula barangan elektronik seperti telefon bimbit, pendrive, cas telefon, power bank dan banyak lagi. Kitar semula dapat mengolah bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kotak kitar semula ada sediakan Pi1M ipeserta boleh membuang bahan kitar semula disini.
Tarikh : 10 Disember 2017
Masa : 9.00pagi - 2.00petang
Lokasi : Pi1M Sg Sireh
Peserta : Dewasa
Tujuan
Program kerjasama Homestay Sungai Sireh ini bertujuan bagi memberi taklimat berkenaan pengurusan hutan paya gambut yang terkenal di Sungai Sireh serta memperkenalkan kemudahan internet di PI1M Sungai Sireh kepada masyarakat bandar dengan memberi penerangan berkenaan fungsi PI1M-Kospen pada masyarakat kampung.
Aktiviti
Program ini dapat mempromosikan PI1M dan Kospen kepada masyarakat luar terutamanya masyarakat bandar. Membantu menaikkan mutu kehidupan penduduk kampung dimata masyarakat luar dengan aktiviti menarik yang terdapat di Sungai Sireh.
Tarikh : 4 Disember 2017
Masa : 10.00pagi - 4.00petang
Lokasi : Pi1M Sungai Sireh
Peserta : 10 orang
Tujuan
Menyampaikan dan mengajar peserta tentang media sosial terkini seperti facebook, instagram, youtube, mp3 cutter, wordpress dan lain-lain serta membantu peserta membuka akaun peribadi bagi kesemua sosial media tersebut.
Aktiviti
Kelas ini bertujuan untuk membantu pelajar untuk mengenali penggunaan media sosial dengan lebih selamat dan betul. Petugas menerangkan fungsi-fungsi setiap sosial media yang ada serta cara setting akaun masing-masing. Pelajar juga diajar untuk membuka akaun gmail serta mempelajari fungsi-fungsi gmail berkenaan serta mempelajari cara menyunting video dengan baik sebelum memuatnaik ke laman sosial.
Tarikh : 8 Disember 2017
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tghr
Lokasi : Pi1M Sg Sireh
Peserta : Pelajar Sekolah
Tujuan
Mempelajari penggunaan tool ‘insert’ terutamanya cara memasukkan gambar, table, clip art, shape, chart dan penggunaan hyperlink
Aktiviti
Seramai 7 orang pelajar yang menyertai kelas. Pelajar telah diajar cara-cara memasukkan tool-tool yang ada di ruangan ‘insert’serta menerangkan peranan setiap tool berkenaan. Petugas telah memberi latihan kepada pelajar agar mahir menggunakan tool yang terdapat di Microsoft Word.
Tajuk : 5 November 2017
Masa : 10.30pagi - 12.30 petang
Lokasi : Pi1M Sungai Sireh
Peserta : Pelajar sek ren
Tujuan
Peserta mempelajari asas komputer dengan lebih dekat lagi. Disamping itu peserta dapat mengetahui apa yang ada dalam komputer, bagaimana komputer berfungsi.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan tentang perisian dan perkakasan komputer meja dan komputer riba. Setiap komputer fungsinya sama sahaja cuma saiz sahaja berbeza. Peserta dapat mengetahui fungsi tetikus, papan kekunci, monitor, pencetak dan storan. Petugas menjelaskan satu persatu fungsi tersebut supaya peserta boleh mengetahui setiap fungsi berbeza-beza. Petugas memberi tugasan untuk peserta iaitu soalan berkaitan komponen dan fungsi computer. Peserta juga diberi peluang untuk menanyakan soalan yang tidak tahu berkaitan komputer.