Tarikh : 10 Mac 2018 Masa : 10.00pagi -12.30tghri Lokasi : Bilik Latihan Pi1M Sg Sireh Peserta : 1 orang peserta |
Tujuan
Aplikasi dashboard komuniti yang mesra pengguna dan mudah digunakan oleh komuniti. Boleh menyemak rekod kesihatan di dalam myhealth, setelah membuat pemeriksaan.
Aktiviti
Petugas mengajar membuka laman web dashboard komuniti. Peserta masukkan id iaitu no kp dan kataluan. Peserta di ajar menggunakan aplikasi myhealth untuk melihat rekod kesihatan yang telah di saring. Petugas menerangkan bagaimana untuk menggunakan aplikasi ini dimana-mana sahaja dengan mendownload di telefon bimbit.
Tarikh : 24 Februari 2018
Masa : 3.00ptg -5.30ptg
Lokasi : Bilik Latihan Pi1M Sg Sireh
Peserta : 2 orang peserta
Tujuan
Kelas ini diadakan adalah untuk memantapkan latihan menaip yang lebih mudah. Word adalah kaedah mudah digunakan untuk menaip pelbagai kertas kerja.
Aktiviti
Peserta menaip surat yang diberikan petugas. Diajar cara menyalin teks dan megedit teks yang dibina. Peserta diberi latihan menaip seperti menaip surat dan karangan. Peserta diajar cara membuat perenggan dalam setiap teks yang ditaip. Petugas mengajar membuat muka surat seterusnya bagi halaman teks yang telah penuh.
Tarikh : 18 Februari 2018
Masa : 10.00pagi -12.30tghri
Lokasi : Bilik Latihan Pi1M Sg Sireh
Peserta : 5 orang peserta sekolah rendah
Tujuan
Menerangkan web site yang digunakan untuk pelajar sekolah rendah. Peserta belajar melalui online bersama guru. Web site memudahkan peserta membuat latihan yang diberikan guru.
Aktiviti
Peserta menjawab soalan yang diberikan dan semak jawapan yang betul. Peserta disusuli dengan game setelah menjawab soalan matematik. Peserta berbincang dengan petugas, soalan yang tidak dapat dijawab. Jika jawapan yang diberikan betul, peserta boleh meneruskan untuk menjawab soalan yang lain pula.
Tarikh : 19 Februari 2018
Masa : 10.00pagi -12.30tghri
Lokasi : Bilik Latihan Pi1M Sg Sireh
Peserta : 4 orang peserta sekolah rendah
Tujuan
Microsoft Power Point digunakan untuk membuat slide dalam perbentangan. Mempelajari langkah-langkah membuat slide yang mudah dan ringkas.
Aktiviti
Petugas menerangkan mengenai Microsoft Power Point. Peserta membuat slide pengenalan diri masing-masing. Peserta mempelajari menyimpan slide setelah siap. Diajar cara masukkan gambar, bunyi, lagu dan masa. Selepas selesai menyiapkan slide masing-masing, petugas akan melihat setiap tugasan yang diberikan.
Tarikh : 3 Februari 2018
Masa : 3.00petang -5.00petang
Lokasi : Bilik Latihan Pi1M Sg Sireh
Peserta : 9 orang peserta sekolah rendah
Tujuan
Petugas memberi tugasan mencari bahan e-sisa atau e-waste. Peserta diberi pendedahan mengenai e-waste dengan lebih dekat lagi. Peserta mengetahui bagaimana cara e-waste berfungsi. Peserta mengetahui sedikit sebanyak apa itu bahan e-waste.
Aktiviti
Peserta mengumpul semua maklumat yang berkaitan dengan e-waste di internet. Peserta menyimpan gambar yang telah dicari dan memasukkan gambar ke dalam word. Peserta perlu mengasingkan bahan e-sisa dalam satu latihan. Menamakan setiap bahan e-sisa.