Tarikh : 7 Mei 2018 Masa : 3.00 petang - 5.00petang Lokasi :Pi1M Sg Sireh Peserta : 2 orang
|
Tujuan
Bertujuan mengajar pelajar dalam membuat latihan masukkan gambar yang diambil daripada google untuk dimasukkan dalam word. Mengenalpasti tools yang sesuai digunakan untuk menyimpan, mengedit dan menyalin.
Aktiviti
Peserta diajar membuka internet untuk mencari gambar yang seperti pemandangan. Peserta membuat folder baru untuk menyimpan gambar yang telah diambil di google. Mempelajari tools mencari gambar di google dan cara menyimpan dan memasukkan gambar.
Tarikh : 27 April 2018 Masa : 8.30pagi -1.00petang Lokasi :Pi1M Sg Sireh Peserta : Semua peserta
|
Tujuan
Memperkenalkan program pi1m sg sireh yang di anjurkan kepada penduduk kampung yang hadir, memberi peluang kepada usahawan memperluaskan perniagaan mereka di dalam dashboard komuniti, memberi pendedahan mengenai sebenarnya.my, maklumat palsu, mobile e-waste, menjawab kuiz dan memenangi hadiah.
Aktiviti
Mengajar pengunjung menggunakan aplikasi dashboard komuniti di komputer dan telefon bimbit serta menggalakkan pengunjung penyertai pertandingan dashboard komuniti 2018 yang diadakan. Menerangkan kegunanan myshop di dashboard komuniti bagi mempromosikan produk dengan lebih mudah. Menerangkan laman web sebenarnya.my agar pengunjung dapat mendapat berkongsi kesahihan maklumat. Memberi penerangan mobile e-waste dan kempen dalam menyumbang barangan elektronik yang rosak ke kotak e-waste.
Tarikh : 8 April 2018 Masa : 10.00pagi -12.00tghri Lokasi : Bilik Latihan Pi1M Sg Sireh Peserta : 12 orang peserta |
Tujuan
Laman web sebenarnya.my adalah sebuah pusat sehenti bagi pelajar untuk menyemak sebelum berkongsi berita yang tidak ditentukan kesahihannya. Ia juga diterima secara dalam talian , media social, perkhidmatan mesej, blog, laman sesawang dan lain-lain. Peserta terdiri daripada 12 orang pelajar yang diberi pendedahan awal supaya tidak terdedah kepada berkongsi berita yang tidak tentu kesahihannya.
Aktiviti
Pelajar diberi link sesawang laman web sebenarnya.my untuk melihat dengan lebih dekat lagi berita atau info palsu yang mereka terima. Petugas memberi penerangan laman web ini dibina untuk mengekang penyebaran berita palsu.Peserta membaca contoh berita palsu di laman web tersebut.
Tarikh : 10 April 2018 Masa : 10.00pagi -1.00petang Lokasi : Bilik Latihan Pi1M Sg Sireh Peserta : 1 orang peserta |
Tujuan
Mengajar peserta mengenai fungsi-fungsi Microsoft excel dengan lebih dekat lagi. Pendedahan awal dalam membuat kertas kerja dialam pekerjaan nanti.
Aktiviti
Peserta diajar menggunakan excel dan fungsi tools yang ada didalam excel. Petugas menerangkan bagaimana massukkan tools yang betul seperti graf, crta alir, gambar dan lain-lain. Peserta membuat latihan yang telah diajar oleh petugas. Peserta membuat graf, carta alir dalam latihan yang diberi menunjukkan peserta faham apa yang dipelajari.
Tarikh : 7 April 2018 Masa : 10.00pagi -12.30tghri Lokasi : Bilik Latihan Pi1M Sg Sireh Peserta : 4 orang peserta
|
Tujuan
Kelas ini diadakan adalah untuk menimbulkan minat peserta belajar secara online. Laman web ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. Pelbagai matapelajaran yang terdapat didalam laman ini bagi memudahkan pelajar belajar dengan mudah.
Aktiviti
Peserta membuka laman web kahoot serta masukkan no id dan password yang telah diberi oleh guru disekolah. Peserta berjaya menjawab soalan, akan diberi main game. Menjawab soalan yang diberikan dan bersaing dengan kawan, jika jawapan yang dijawab itu betul. Markah akan dikumpulkan seterusnya peserta dapat melihat markah keseluruhan sehingga tamat.