Tarikh : 6 Oktober 2017

Masa : 9.30 pagi-10.30pagi

Lokasi :Pi1M Sg Sireh

Peserta : 2 Orang dewasa

 

Tujuan
Menerangkan apa itu dashboard komuniti yang digunakan oleh komuniti setempat. Aplikasi ini merupakan satu aplikasi yang dibina untuk kegunaan komuniti setempat. menerangkan apa itu dashboard komuniti yang digunakan oleh komuniti setempat. Aplikasi ini merupakan satu aplikasi yang dibina untuk kegunaan komuniti setempat. 

Aktiviti
Petugas memberi penerangan mengenai dashboard komuniti yang digunakan untuk komuniti setempat sekitar kawasan Pusat Internet 1Malaysia.Peserta perlu mendaftar sebagai pengguna di pusat internet terdekat dan boleh masuk ke halaman dashboard komuniti. Peserta boleh menggunakan aplikasi ini di mana-mana dengan hanya menggunakan telefon pintar.  Peserta perlu memuat turun dahulu aplikasi ini  di telefon.

 

 

 

 

 

Tarikh     : 2 Oktober 2017

Masa      : 10.00pagi - 12.30 tghr

Lokasi    : Pi1M Sungai Sireh

Peserta  : 2 orang Dewasa


Tujuan 
Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta yang ingin berniaga secara online. Terdapat banyak antaramuka yang boleh mengiklan, menjual serta memasarkan produk kepada pembeli. Contoh website yang biasa peniaga online lakukan adalah facebook, ini adalah antara modem yang terkenal sekarang.


Aktiviti 
Peserta diberi penerangan dan langkah-langkah untuk membuka akaun emel dan facebook. Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk mengiklankan dan mempromosikan produk menggunakan facebook. Peserta juga diajar memasukkan gambar produk untuk dijual secara online. Gambar yang dimasukkan perlulah sesuai, cantik dan kemas. Peserta diberi tunjuk ajar cara untuk memasukkan gambar  di facebook. Peserta juga diajar memasukkan no telefon (wasap) untuk disambungkan di facebook.

 

Tarikh    : 1 Oktober 2017

Masa      : 10.30pagi -12.300tghr

Lokasi    : Pi1M Sungai Sireh

Peserta  : 6 Orang Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan 
Peserta diajar mencari lagu-lagu nasyid yang sesuai untuk menyanyikan di sekolah rendah agama. Peserta dikehendaki memilih nasyid yang senang di ingat supaya mudah untuk dipersembahkan di sekolah. Petugas menyusun atur lagu yang bersesuaian dengan peserta.

Aktiviti
Petugas memberi penerangan mengenai youtube yang akan digunakan oleh peserta. Petugas membantu dalam pemilihan lagu yang sesuai. Laman web ini boleh diakses oleh sesiapa sahaja. petugas perlu memantau setiap lagu yang dibuka oleh peserta. Peserta menyanyikan lagu nasyid yang telah berjaya dicari. Peserta juga dapat menyimpan lirik lagu nasyid.

 

Tarikh    : 1 Oktober 2017

Masa      : 3.00ptg - 5.00ptg

Lokasi   : Pi1M Sungai Sireh

Peserta : 6 orang Pelajar Sekolah Rendah


Tujuan 
Memberi penerangan tentang  maklumat palsu  yang tidak boleh disebarkan tanpa kesahihannya, jika tidak dibendung penyebarannya boleh mendatang kan kesan negativa.

Aktiviti
Petugas memberi taklimat maklumat palsu yang  tidak boleh sewenang-wenannya disebarkan. Terdapat jenis-jenis maklumat palsu seperti khabar angina, gossip, spekulasi dan penipuan. Peserta diminta tidak berkongsi maklumat yang belum tentu kesahihannya kepada orang lain. Peserta di beri pendedahan tentang kemudaratan yang akan berlaku jika maklumat palsu disebarkan. Peserta juga diberi penerangan tentang bagaimana pastikan sumber maklumat itu sahih atau tidak. Peserta perlu pastikan sumber maklumat itu dari pihak yang benar.


Tarikh   : 23 September 2017

Masa    : 9.00pagi-2.00petang

Lokasi : Pi1M Sg Sireh

Peserta : 100orang

Tujuan 
Program ini di hadiri seramai 100 orang daripada pelbagai lapisan iaitu kanak-kanak, pelajar sekolah rendah dan menengah, dewasa dan warga emas. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menerangkan apa itu dashboard, apa kegunaan dia kepada komuniti serta menggalakkan peserta menggunakan applikasi dashboard.

Aktiviti
Para peserta di beri taklimat mengenai dashboard komuniti dan kegunaan yang terdapat dalam dashboard ini. Peserta diberikan penerangan jenis dashboard komuniti iaitu Mysoal, Myhealth, MyKomuniti, Myshop, Myplace dan Myskool. Peserta di kehendaki memuat turun aplikasi dashboard komuniti di handphone masing-masing. Untuk memeriahkan lagi program, bantal, jug air, meja seterika dan banyak lagi, antara hadiah cabutan bertuah kepada peserta yang hadir. Program ini juga ada permainan game online iaitu durian runtuh, dimana peserta perlu memuat turun game untuk mengumpul buah durian. 

 

Sub-kategori