Tarikh : 14 Julai 2018 Masa : 10.00 pagi - 1.00 petang Lokasi : Bilik Latihan Pi1M Sg Sireh Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar dalam mewarna online. Ia sebahagian daripada kemahiran pelajar dalam memahirkan diri dalam mewarna, biasa kita melihat pelajar mewarna secara manual, kini semuanya boleh mewarna di dalam komputer. Pelajar juga dapat mempelajari menggunakan peralatan komputer.
Aktiviti
Petugas memberi tugasan mewarna gambar-gambar yang terdapat didalam internet. Peserta membuka laman web thecolor.com dan mencari gambar yang sesuai untuk di warnakan. Peserta di ajar menggunakan tetikus bagi membolehkan warna tersebut dapat dicontengkan di gambar. Peserta teruja dalam mewarna secara online, kebiasaannya peserta mewarna secara manual.
Tarikh : 8 Julai 2018 Masa : 11.00 pagi - 1.00 petang Lokasi : Bilik Latihan Pi1M Sg Sireh Peserta : 5 orang peserta
|
Tujuan
Kelas ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta dalam mengenal menu-menu word yang terdapat di word. Peserta dapat memahirkan diri dalam menaip dan mengenal kekunci yang berhuruf dan bernombor. Kelas ini juga dapat mendidik pelajar sekolah rendah dalam menguasai ilmu ict dengan lebi dekat lagi. Ia memberi peluang kepada peserta membuat latihan.
Aktiviti
Peserta membuat latihan berpandukan slide yang diberi oleh petugas. Peserta juga diajar cara menyimpan maklumat yang telah dibuat kedalam dokumen. Peserta dapat membuat latihan dengan sempurna
Tarikh : 7 Julai 2018 Masa : 10.00 petang - 1.00 petang Lokasi : Bilik Latihan Pi1M Sg Sireh Peserta : 14 orang peserta |
Tujuan
Taklimat ini diadakan adalah untuk menyemak sebelum berkongsi berita yang tidak ditentukan kesahihannya. Memberi penekanan kepada peserta dalam penyebaran maklumat palsu. Laman web ini perlu digunakan jika terdapat berita atau maklumat yang tidak benar sebelum sebarkannya.
Aktiviti
Peserta membuka laman web sebenarnya.my dan menyemak berita yang tular didalam sosial samada benar ataupun tidak. Peserta membuat rujukan kepada berita yang mereka terima dan viral di laman tersebut. Petugas menerangkan bagaimana peserta boleh melihat portal tersebut dimana-mana sahaja, cuma taip sebenarnya.my.
Tarikh : 8 Julai 2018 Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi Lokasi : Bilik Latihan Pi1M Sg Sireh Peserta : 5 orang peserta
|
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendidik kanak-kanak dalam berpengetahuan ICT. Mereka diberi penerangan mengenai komputer secara lebih dekat lagi bagi memenuhi keperluan kita di dalam ICT. Mereka diberi pendedahan mengenai perkakasan dan perisian komputer dan bagaimana ia digunakan. Aktiviti ini memberi peluang kepada mereka mengenal perkakasan seperti papan kekunci, tetikus, monitor dan lain-lain.
Aktiviti
Peserta diberi pendedahan mengenai apakah itu komputer, fungsi dan bahagian-bahagian yang terdapat didalam dalam komputer. Petugas menerangkan satu persatu kegunaan perkakasan seperti kekunci, tetikus, monitor, papan kekunci kepada peserta. Fungsi papan kekunci adalah untuk menaip maklumat, tetikus untuk alat yang membantu menggerakan penunjuk, monitar untuk skrin seperti tv memaparkan maklumat dan perkakasan lain. Petugas menunjukkan perkakasan yang terdapat di Pusat Internet bagi kemudahan peserta untuk menggunakannya.
Tarikh : 6 Julai 2018 Masa : 2.00 petang - 5.00 petang Lokasi : Bilik Latihan Pi1M Sg Sireh Peserta : 1 orang peserta |
Tujuan
Peserta dapat mengenali interface dan menu-menu yang ada serta dapat membuat, menyimpan dan menutup dokumen kerja. Word juga memudahkan dalam menyelesaikan kerja seperti mengedit teks dan boleh mencari ejaan yang salah sebelum mencetak . Ia juga dapat membuat kertas kerja dengan mudah tanpa perlu memikirkan halaman kerana semua sudah tersedia.
Aktiviti
Peserta membuat kertas kerja dengan menggunakan tamplet yang telah tersedia. Peserta boleh menyusun dan mengedit teks dengan menarik dan mudah. Ia juga menggunakan border untuk mencantikkan kertas kerja. Petugas memberi tunjuk ajar sekiranya peserta tidak tahu menggunakan aplikasi yang di perlukan.