Masa : 10.00pg- 11.00 pagi Lokasi : Pi Sg Sireh Peserta : 22 orang |
Tujuan
Taklimat advokasi merupakan taklimat sampingan dalam program ini, petugas perlu memastikan semua yang hadir mendengar taklimat yang disampaikan bagi keberkesanan advokasi kepada masyarakat. Taklimat ini merangkupi tajuk seperti e-waste, klik dengan bijak, buli siber, laman web sebenarnya.my dan scammer. Taklimat ini amat berguna dalam kehidupan seharian kita.
Aktiviti
Petugas memberi pendedahan mengenai e-waste, dimana peralatan elektronik yang tidak digunakan atau rosak boleh di kitar semula. Pusat internet juga ada menyediakan kotak kitar semula untuk peralatan elektronik ini. Petugas juga menunjukkan video mengenai buli siber, scammer dan klik dengan bijak. Video ini memberi pemdedahan cara bagaimana perkara yang tidak diingini terjadi.
Masa : 10.00pg- 11.00 pagi Lokasi : Pi Sg Sireh Peserta : 1 orang |
Tujuan
Ibubapa dan pelajar yang ingin mendaftarkan anak ke MRSM perlu ke laman web MRSM. Ibubapa perlu menyediakan maklumat pelajar terlebih dahulu sebelum membuat permohonan tersebut. Ibubapa juga perlu mendapatkan maklumat akademik dan kokurikulim pelajar dengan guru kelas anak masing-masing.
Aktiviti
Ibubapa masukkan no kad pengenalan anak dan penjaga. Seterusnya perlu masukkan semua maklumat anak, penjaga diruang yang telah disediakan. Seterusnya perlu disimpan dan lengkan semua bahagian akademik dan kokurikulum anak.
Masa : 10.00pg- 1.00ptg Lokasi : Pi Sg Sireh Peserta : 4 orang |
Tujuan
Bengkel MIV ini yang terdiri daripada 4 orang peserta. Bengkel ini bermula dari jam 10 pagi untuk pendaftaran peserta. Bengkel ini adalah inisiatif baru oleh SKMM untuk menggalakkan orang ramai menyertai dan menyumbang kepada pemerkasaan rakyat Malaysia untuk menjadi warga digital. Peserta juga adalah yang bersemangat kesukarelawan dan melaksanakan aktiviti berbentuk ICT.
Aktiviti
Peserta yang hadir ke Pusat Internet perlu mendaftarkan diri dahulu sebelum memulakan bengkel ini secara langsung. Peserta mendengar ceramah daripada MIV Cyberjaya yang terdiri daripada kakitangan SKMM. Mereka menerangkan bagaimana pentingnya untuk melindungi komputer. Selain itu mereka menerangkan langkah-langkah menghindarkan diri daripada mangsa penipuan. Peserta boleh merujuk di laman web sebenarnya.my dalam mencari maklumat yang sahih sebelum menyebarkan sebarang berita.
Masa : 10.00pg- 1.00ptg Lokasi : Pi Sg Sireh Peserta : 8 orang |
Tujuan
Pelajar yang terdiri daripada 8 orang telah menghadiri kelas membuat emel. Pelajar yang mengikuti kelas ini adalah pelajar sekolah menengah dan rendah.
Aktiviti
Petugas mengajar cara-cara membuat emel. Pelajar perlu memiliki telefon bimbit bagi memudahkan code akan di hantar melalui tellefon tesebut. Pelajar perlu masukkan nama penuh, tarikh lahir, no telefon dan mencipta emel. Pelajar perlu selesaikan semua pendaftaran dan emel boleh guna seperti biasa.
Masa : 10.00pg- 1.00ptg Lokasi : Pi Sg Sireh Peserta : 22 orang |
Tujuan
Pusat Internet telah mengadakan Majlis Penyampaian hadiah sempena Pertandingan Video Kraftanga Merdeka 2020 kepada semua pemenang pertandingan tersebut. Mereka adalah terdiri daripada pelajar sekolah rendah, menengah, belia dan juga dewasa. Pertandingan ini mencari dan memberi peluang kepada mereka membuat kraftngan daripada bahan terpakai dan terbuang. Mereka perlu membuat kraftangan mengikut citarasa masing-masing dalam menghasilkan kraftangan seperti bunga dari kotak telur, rak buku, bingkai gambar, tempat letak pensel dan banyak lagi. Kategori pemenang adalah mengumpul like paling banyak.
Aktiviti
Peserta yang berjaya akan membawa pulang hadiah seperti periuk nasi, mengisar, mesin gunting rambut, t-shirt dan banyak lagi. Hadiah telah disampaikan oleh En Aminasrul Asrizal bin Nawari Pengerusi MPKK Kg Ampangan. Bagi pemenang tempat pertama mengumpul like sebanyak 410 yang dimenangi oleh Puan Norasikin bin Aziz, tempat kedua sebanyak 309 dimenangi oleh Muhamad Amin bin Ibrahim dan tempat ketiga sebanyak 233 dimenangi oleh Norasidah bin Sulaiman dan 5 pemenang saguhati.
Gambar disini