T
arikh : 8 Mac 2020

Masa   : 10.00pg- 1.00ptg

Lokasi : Pi Sg Sireh 

Peserta :  2 orang


Tujuan

Pelajar yang mengikuti tuisyen matematik ini terdiri daripada 2 orang pelajar sekolah menengah. Pelajar ini akan menduduki peperiksaan penggal pertama. Sebelum menghadapi peperiksaan pelajar ini mengambil peluang untuk belajar matematik di Pusat Internet. 

Aktiviti

Petugas mengajar matematik tingkatan 5 dengan berpandukan soalan yang ditanya oleh pelajar. Petugas mengajar cara-cara membuat pengiraan mengikuti formula yang senang difahami oleh pelajar.

 

Klik gambar disini


T
arikh : 7 Mac 2020

Masa   : 10.00pg- 1.00ptg

Lokasi : Pi Sg Sireh 

Peserta :  10 orang


Tujuan

Pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah mengikuti kelas penulisan dalam word. Pelajar diberi pendedahan mengenai cara bagaimana menulis karangan dalam format yang betul.


Aktiviti

Pelajar mempelajari menggunakan font, size, insert dan format penting dalam membuat karangan dalam word. Petugas memberi buku rujukan dan penulisan kepada pelajar bagi memudahkan dalam format yang diberikan.

 

Gambar klik disini


T
arikh : 1 Mac 2020

Masa   : 10.00pg- 12.30pg

Lokasi : Pi Sg Sireh 

Peserta :  15 orang


Tujuan

Kelas ini terdiri daripada pelajar sekolah rendah seramai 15 orang. Pelajar di ajar mengenai laman web yang berkaitan dengan menaip secara pantas.


Aktiviti

Petugas memberi laman web rapidtyping.com dalam menaip perkataan dengan pantas. Pelajar juga diberi peluang untuk dalam menaip dan akan diberi markah yang sama dengan apa yang mereka taipkan.

 

Gambar disini

 


T
arikh : 1 Mac 2020

Masa   : 11.00pg- 1.00ptg

Lokasi : Pi Sg Sireh 

Peserta :  15 orang


Tujuan

Memandangkan sekarang ramai orang yang tidak perasan mereka sedang diperhatikan kerana berkongsi secara berlebihan. Kelas ini memberi pendedahan mengenai keburukan dan risiko yang perlu diambil jika berkonsgi secara berlebihan.

 
Aktiviti

Pelajar membuka video secara perseorangan bagi melihat sendiri bagaimana, jika kita sendiri berkongsi secara berlebihan. Pelajar membuka video berkongsi secara berlebihan yang kini berlaku dimana-mana jika tidak dikawal. Pelajar boleh mengambil ikhtibar daripada video yang telah ditayangkan. 


Gambar disini

 


T
arikh : 16 Februari 2020

Masa   : 10.00pg- 12.30pg

Lokasi : Pi Sg Sireh 

Peserta :  18 orang


Tujuan

Kelas ini terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Pelajar ini diberi pendedahan awal dalam menggunakan microsoft word.

 
Aktiviti

Pelajar diberi karangan ringkas yang bertajuk aku sebuah basikal. Karangan ini dipilih adalah untuk memberi pendedahan bagaimana membuat karangan yang ringkas tetapi padat. Seiring dengan itu pelajar juga dapat menambah pengetahuan dalam membuat karangan di dalam word. Petugas juga memberi tunjuk ajar dalam menggunakan papan kekunci cara membesarkan tulisan yang dikehendaki.

 

Gambar disini

Sub-kategori