T
arikh : 6 April 19

Masa   : 10.00 pagi-12.00 tengahari

Lokasi : Bilik Latihan Pi Sg Sireh 

Peserta : Pelajar Bawah 12 tahun


Tujuan 

Kelas ini terdiri daripada pelajar sekolah rendah berumur 12 tahun ke bawah. Peserta diajar mengenai menaip perkataan dengan pantas menggunakan laman web typing games. Laman web ini sangat sesuai, dimana pelajar dapat menggunakan papan kekunci dan kepantasan dalam menaip perkataan yang dipaparkan.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan mengenai cara-cara menggunakan papan kekunci dan penggunaan papan kekunci disetiap jari jemari. Setiap jari yang digunakan mempunyai fungsi yang tersendiri dan huruf yang sesuai dengan jari. Typing game ini sangat sesuai untuk pelajar yang baru sahaja mempelajari komputer dan dapat menaip dengan pantas.

 

Klik sini untuk gambar penuh


T
arikh : 5 Mac19

Masa   : 10.00 pagi-12.00 tengahari

Lokasi : Bilik Latihan Pi Sg Sireh 

Peserta : Suri Rumah

 

Tujuan 

Kelas ini memberi pendedahan awal dimana peserta diberi tunjuk ajar dalam membuat kertas kerja menggunakan microsoft word. Peserta dapat mengetahui cara-cara menggunakan tools yang terdapat di dalam microsoft word.

 

Aktiviti

Peserta membuka microsoft word dan menyalin latihan yag diberikan. Petugas mengajar mengenai tools seperti insert, picture, home, font, cara untuk mencetak setelah latihan ini dibuat.

 

Klik sini untuk gambar penuh


T
arikh : 17 Februari 2019

Masa   : 3.00petang - 5.30petang

Lokasi : Bilik Latihan Pi Sg Sireh 

Peserta : Pelajar Tahfiz


Tujuan

Kelas ini terdiiri daripada pelajar tahfiz yang ingin mempelajari power point. Mereka mempelajari menggunakan tool insert, design, transitions, animations, slide show dan format. 

 
Aktiviti

Pelajar diajar cara-cara menambah slide, membuang slide dan menggunakan tools diruang insert serta menerangkan peranan tools satu persatu. Petugas memberi latihan kepada pelajar agar dapat mahir dalam menggunakan power point.

 

Klik sini untuk gambar penuh


T
arikh : 3 Mac 2019

Masa   : 10.00 pagi-12.00 tengahari

Lokasi : Bilik Latihan Pi Sg Sireh 

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

 

 

Tujuan

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi latihan kepada pelajar bagi membuat persediaan dalam menduduki peperiksaan akan datang. Pelajar diajar teknik-teknik menjawab soalan matematik dengan mudah.

 

Aktiviti 

Pelajar membuat latihan berpandukan kertas yang diberikan. Pelajar yang tidak dapat menyelesaikan masalah matematik, petugas akan ajar sehingga mereka boleh buat sendiri tanpa bantuan. 

 

Klik sini untuk gambar penuh


T
arikh : 17 Februari 2019

Masa   : 10.00pagi - 12.30tengahri

Lokasi : Bilik Latihan Pi Sg Sireh 

Peserta : Pelajar Tahfiz


Tujuan

Terdiri daripada pelajar tahfiz yang mengikuti kelas kahoot Al-quran di sini. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai  aplikasi di lawan web juga boleh dipelajari. Kelas ini juga memberi banyak informasi mengenai Al-Quran.

 

Aktiviti

Petugas memberi soalan berkaitan ayat-ayat Al-quran yang membolehkan pelajar mengenal lebih dalam lagi mengenai kitab itu. Soalan adalah berdasarkan tajwid yang pelajar faham ketika mangaji Al-Quran.

 

 Klik sini untuk gambar penuh

Sub-kategori