Masa : 9.30pagi- 1.00petang Lokasi : Pi Sg Sireh Peserta : Wanita |
Tujuan
Program ini merupakan program Bacaan Yasin sempena Awal Muharram bagi mengimarahkan lagi bulan yang mulia ini. Program ini juga merapatkan lagi silaturahim antara peserta.
Aktiviti
Program bacaan yasin ini melibatkan antaran dua surau iaitu Surau Hidayah bersama Surau Nur Saadah. Peserta adalah antara yang aktif dalam mengajian di surau masing-masing. Bacaan yasin ini memberi ampak yang positif dikalangan peserta kerana dibuat pada bulan yang mulia.
Masa : 8.30pagi- 1.00petang Lokasi : Pi Sg Sireh Peserta : Terbuka |
Tujuan
Program ini melibatkan kerjasama daripada Pwb, PKPR Sungai Burung, Srikandi dan NGO. Program ini diadakan adalah memberi peluang kepada pemimpin bertemu dengan penduduk kampung dalam acara yang diadakan. Program ini juga memupuk semangat kemerdekaan sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Ia sekaligus menyemai semangat sayangi Malaysia dari kalangan dewasa serta kanak-kanak.
Aktiviti
Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan bagi memeriahkan lagi program seperti gubahan masakan, berlari, mewarna kanak-kanak, pameran dan gubahan barang terpakai.
Masa : 10.00pagi- 12.30 tengahari Lokasi : Bilik Latihan Pi Sg Sireh Peserta : Sek Men
|
Tujuan
Kelas ini terdiri daripada pelajar sekolah menengah yang mana mereka akan mempelajari mengenai teknik menaip. Pelajar ini akan mempelajari bagaimana menaip dengan betul disamping membuat latihan jari.
Aktiviti
Pelajar menggunakan microsoft word dalam mempelajari kaedah menaip. Pelajar mempelajari meletakkan jari di papan kekunci mengikut peraturan menaip dengan betul. Pengajar memberi latihan seperti menaip karangan yang ringkas bagi memudahkan pelajar membuat latihan menaip dengan pantas.
Masa : 8.30pagi- 1.00petang Lokasi : Bilik Latihan Pi Sg Sireh Peserta : Dewasa |
Tujuan
Peserta latihan keusahawanan adalah dikalangan penduduk daerah Kuala Selangor yang datang bagi mengikuti latihan yang di sampaikan oleh pihak Kemas Kuala Selangor. Latihan keusahawanan ini memberi idea bagaimana ingin memajukan dan mempromosikan produk untuk dipasarkan lebih luas lagi.
Aktiviti
Peserta mempelajari teknik yang berkesan bagi menambahbaikan promosi produk di alam maya. Peserta juga diberi penerangan mengenai apps wajib seperti carva, photogrib, grib maker,pages manager, instagram,telagram dan screen recoder.
Gambar disini
Masa : 10.00pagi- 12.30 tengahari Lokasi : Bilik Latihan Pi Sg Sireh Peserta : Kanak-kanak |
Tujuan
Menaip sentuhan adalah menaip secara lembut dan mata tidak memandang pada papan kekunci, Selain daripada itu, langkah-langkah berikut akan memberikan teknik menaip sentuhan yang baik. Antara langkah-langkahnya seperti kekalkan poster badan dengan betul semasa menaip, sentiasa lengkungkan jari, gunakan kekunci spacebar dengan betul.
Aktiviti
Pelajar diajar menaip dengan cara yang betul bagi membolehkan mendapat posisi yang baik. Petugas memberi panduan bagaimana pelajar ingin meletakkan jari di papan kekunci dan menaip dengan betul.