Masa : 10.00pagi- 11.30 pagi Lokasi : Bilik Latihan Pi Sg Sireh Peserta : Dewasa |
Tujuan
Pendaftaran tahun 1 perlu didaftarkan di laman web http:/public.moe.gov.my. Ia perlu masukkan nama dan no kad pengenalan semasa pendaftaran masuk. Untuk log masuk web ini perlu masukkan no kp dan password yang telah dibuat semasa pendaftaran id.
Aktiviti
Peserta diberi penegan mengenai laman web ini, bagi memudahkan peserta membuat pendaftaran anak. Peserta perlu lengkapkan semua dokumen yang diperlukan seperti nama, kad pengenalan, maklumat anak, ibubapa, imunisasi anak dan banyak lagi.
Masa : 10.00pagi- 12.30 tengahari Lokasi : Bilik Latihan Pi Sg Sireh Peserta : Pelajar |
Tujuan
Buli siber adalah satu kejadian yang biasa berlaku dan kian meningkat. Insiden sebenar kejadian buli siber tidak diketahui kerana ramai mangsa buli siber tidak tampil untuk mendapatkan bantuan. Buli siber adalah perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks (SMS), chatting, e-mel, laman web sosial, telefon bimbit atau permainan internet.
Masa : 10.00pagi- 12.00 tengahari Lokasi : Bilik Latihan Pi Sg Sireh Peserta : Pelajar |
Tujuan
Klik dengan bijak adalah membudayakan penggunaan internet dengan waspada. Ia mempunyai beberapa aspek seperti melahirkan penguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet). Ia juga mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan penguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan mengenai klik dengan bijak maklumat palsu. Taklimat ringkas ini dapat membuka mata pelajar dalam melayari internet dengan berwaspada. Pelajar diberi peluang menlihat video maklumat palsu yang terjadi di sekitar kita tanpa sedar.
Masa : 10.00pagi- 12.30 tengahari Lokasi : Bilik Latihan Pi Sg Sireh Peserta : Pelajar |
Tujuan
Matematik memerlukan latihan berterusan dapat memantapkan lagi pengiraan dalam matematik. Pelajar perlu fokus dalam subjek ini kerana ia memerlukan formula matematik yang lebih berkesan. Kelas ini juga menarik minat pelajar dalam matematik bagi mengatasi pelajar malas dalam membuat pengiraan.
Aktiviti
Peserta perlu membuat pengiraan dihadapan petugas. Petugas memberi tugasan dalam mengira matematik tahun 4. Pelajar membuat pengiraan menggunakan teknik dan formula yang telah diberikan oleh petugas.
Masa : 10.00pagi- 12.00 tengahari Lokasi : Bilik Latihan Pi Sg Sireh Peserta : Wanita |
Tujuan
Microsoft Word adalah kertas kerja yang biasa digunakan dalam membuat kertas kerja, latihan dan laporan. Ia juga boleh menyelitkan grafik, jadual, carta serta ejaan didalam Microsoft word ini.
Aktiviti
Pelajar mempelajari menggunakan tools yang ada di dalam word. Peserta diajar menggunakan tools seperti insert, font, size, bullet, numbering dan banyak lagi. Peserta memberi tumpuan dalam latihan yang diberikan. Peserta juga mempelajari cara mengedit teks, mengubah teks.