Masa : 10.00pagi - 12.30 tengahari Lokasi : Bilik Latihan Pi1M Sg Sireh Peserta : Tabika Kemas Seri Murni
|
Tujuan
Pelajar seramai 9 orang mengikuti Bengkel ICT di Pusat Internet yang telah dilatih oleh Cik Nurakma selaku Pengurus Pi. Pelajar yang terdiri daripada 4 tahun sehingga 6 tahun telah menghadirkan diri di bengkel tersebut. Tujuan kelas ini diadakan adalah bagi memantapkan lagi kefahaman pelajar tabika dalam bidang komputer. Ia memberi pendedahan awal supaya pelajar dapat mengenal komputer dan peralatan komputer.
Aktiviti
Pelajar diberi taklimat mengenai komputer seperti tetikus, monitor, papan kekunci dan sebagainya. Setiap fungsi diberi penerangan satu persatu bagi pelajar memahani cara menggunakan peralatan tersebut. Selain daripada itu pelajar membuat latihan dan mewarna online dapat memahirkan tangan memegang tetikus. Ada juga diantara pelajar yang tidak tahu menggunakan komputer, tetapi dengan keinginan yang ada mereka dapat menggunakan dengan bijak.
Masa : 10.00pagi - 12.30 tengahari Lokasi : Bilik Latihan Pi1M Sg Sireh Peserta : Tabika Kemas Nurul Ain
|
Tujuan
Pelajar yang terdiri daripada 5 hingga 6 tahun menghadiri Bengkel ICT yang diadakan di Pusat Internet Sg Sireh. Bengkel ICT ini bertujuan adalah memberi pendedahan mengenai asas komputer, klik dengan bijak dan typing word.
Aktiviti
Pelajar menggunkan komputer di pantau oleh petugas bagi melancarkan lagi bengkel ict ini. Kebanyakan pelajar kurang memahami menggunakan komputer tetapi diberi peluang menggunakannya. Petugas membuka youtube, pelajar ramai-ramai menyanyi mengikut lagu yang dipasang.
Masa : 10.00pagi - 1.00 petang Lokasi : Bilik Latihan Pi1M Sg Sireh Peserta : Pelajar Sek Ren |
Tujuan
Pelajar yang terdiri daripada sekolah rendah mengikuti kelas Kahoot. Kahoot adalah laman web e-pembelajaran yang khususkan untuk semua pelajar daripada sekolah rendah sehingga sekolah menengah. Pelajar boleh berinteraksi dengan petugas dengan menggunakan link yang sama bagi mendapatkan soalan yang diberikan.
Aktiviti
Pelajar diberi soalan matematik berdasarkan matapelajaran disekolah. Pelajar menjawab soalan berdasarkan soalan yang diberikan oleh petugas. Bagi pelajar yang tidak dapat menjawab dengan betul markah peratus akan berkurangan.
Masa : 10.00pagi - 12.30 tengahari Lokasi : Bilik Latihan Pi1M Sg Sireh Peserta : Tabika Gemilang 1 dan Gemilang 2 |
Tujuan
Seramai 21 orang pelajar Tabika Gemilang 1 dan Gemilang 2 telah menghadiri Bengkel ICT Klik dengan Bijak. Pelajar terdiri daripada pelajar tahun 4 hingga 6 tahun. Bengkel ICT ini bertujuan untuk membuka peluang kepada pelajar mengenal dunia ict lebih dekat lagi. Pelajar diberi penerangan mengenai asas komputer, game online, menggunakan papankekunci dan tetikus. Sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada pelajar dalam memahami internet dan menggunakan peralatan yang disediakan.
Aktiviti
Pelajar menggunakan komputer dan perkakasan yang diberikan. Petugas memberi taklimat mengenai asas komputer dan fungsi setiap peralatan yang digunakan. Klik dengan bijak juga diberi bagi menambahkan pengetahuan pelajar dalam menggunakan aplikasi elektronik dirumah mahupun di luar.
Masa : 10.00pagi - 12.30 tengahari Lokasi : Bilik Latihan Pi1M Sg Sireh Peserta : Dewasa |
Tujuan
Peserta mempelajari fungsi-fungsi komponen komputer yang terdapat di komputer dan laptop. Peserta juga belajar mengenai asas komputer seperti papan kekunci, tetikus, skrin komputer dan pemacu cd.
Aktiviti
Peserta di beri penerangan mengenai apa itu komputer dan asas komponen yang terdapat di dalam komputer. Petugas menunjukkan cara kegunaan tetikus, papan kekunci, skrin komputer. Menunjukkan fungsi-fungsi yang biasa kita gunakan dalam menggunakan komputer untuk membuat kerja.