Masa : 10.00pagi - 12.30tengahri Lokasi : Bilik Latihan Pi Sg Sireh Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Kelas ini terdiri daripada pelajar sekolah rendah, dimana mereka perlu membiasakan diri dalam permainan mewarna online.
Aktiviti
Petugas membuka laman web mewarna dan peserta boleh memilih gambar yang akan diwarnakan mengikut kesesuaian mereka. Laman web ini sangat mudah digunakan untuk pelajar yang baru sahaja pandai menggunakan komputer.
Masa : 9.30pagi - 12.30tengahri Lokasi : Bilik Latihan Pi Sg Sireh Peserta : Dewasa |
Tujuan
Kelas minggu ini adalah Micrisift Excel yang terdiri daripada orang dewasa. Kelas ini diajar oleh Cik Akma bagi membuat kertas kerja yang lebih efisien.
Aktiviti
Peserta diajar membuat kertas kerja menggunakan excel. Petugas memperkenalkan Microsoft Excel kepada peserta dan menerangkan antara muka perisian tersebut. Petugas mengajar peserta cara menggunkan formula yang terdapat didalam bahagian formula seperti AutoSum, Average, Day Formula dan lain-lain.
Masa : 9.00pagi - 1.00 petang Lokasi : Bilik Latihan Pi Sg Sireh Peserta : Dewasa Wanita |
Tujuan
Peserta yang terdiri daripada peserta wanita yang ingin mengetahui kegunaan dashboard komuniti. Dashboard komuniti ini terdapat 5 jenis kategori seperti Myhealth, Myshop, Mykomuniti, Myplace dan Mysoal.
Aktiviti
Petugas menerangkan kegunaan 5 kategori ini dengan lebih dekat lagi. Peserta boleh membuat aduan di mykomuniti yang terdapat di dashboard komuniti. Peserta juga boleh melihat pelbagai maklumat yang terdapat di dalam mykomuniti. Myshop adalah ruang untuk pengguna berniaga secara alam maya. Peserta boleh masukkan gambar produk didalam myshop dan mempromosikan barang dengan mudah. Myhealth adalah sebuah aplikasi yang mudah dimana peserta boleh melihat sendiri rekod kesihatan yang telah dilakukan di Pusat Internet.
Klik sini untuk gambar penuh
Masa : 9.00pagi - 1.00 petang Lokasi : Bilik Latihan Pi Sg Sireh Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Seramai 10 orang pelajar terdiri dari umur 7 hingga 10 tahun mengikuti kelas ini di Pusat Internet Sg Sireh. Peserta diberi penerangan mengenai bagaimana masukkan gambar menggunakan microsoft word.
Aktiviti
Peserta membuka microsoft word dalam menaip maklumat yang telah dipaparkan di papan putih. Peserta mencari gambar komputer serta menyimpan dalam dokumen bagi memudahkan peserta masukkan gambar dalam word.
Masa : 9.00pagi - 1.00 petang Lokasi : Bilik Latihan Pi Sg Sireh Peserta : Dewasa Wanita
|
Tujuan
Kelas ini menerangkan mengenai erezeki yang membolehkan pengguna menambah pendapatan tambahan melalui tugasan-tugasan yang perlu dilaksanakan. Ia memberi banyak peluang pekerjaan yang fleksibel mengikut kesesuaian pekerja itu sendiri.
Aktiviti
Petugas menerangkan mengenai lama web erezeki yang membolehkan pengguna untuk menjana pendapatan tambahan melalui tugasan yang diberikan. Tugasan sampingan yang diselesaikan mampu menjana pendapatan peserta. Para peserta juga akan dipadankan tugasan bersesuaian dan boleh memilih tugasan yang hendak dilakukan.