Masa : 10.00pagi - 12.30 tengahari Lokasi : Bilik Latihan Pi1M Sg Sireh Peserta : Dewasa |
Tujuan
Mendidik perserta supaya tidak mudah mendedahkan maklumay peribadi, tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan etika penggunaan internet dan menyalahkan kemudahan yang disediakan ketika melayari internet.
Aktiviti
Peserta diberi pendedahan berkenaan budaya buli siber yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini sehingga boleh menimbulkan kes jenayah yang berat. Peserta juga diberi taklimat etika yang perlu ada ketika melayari internet serta kesan buruk yang bakal dihadapi jika mereka dapat dikesan oleh pihak berkuasa.
Tarikh : 2 Oktober 2018 Masa : 10.00pagi - 12.30 tengahari Lokasi : Bilik Latihan Pi1M Sg Sireh Peserta : Dewasa |
Tujuan
Kelas ini dapat menarik minat peserta dalam mendeko kek ini. Peserta dapat mengenali antara satu sama lain.
Aktiviti
Peserta diberi peralatan untuk mendeko kek yang telah disediakan. Peserta diberi tunjuk ajar cara-cara mendeko kek dengan menunjukkan video di youtube.
Tarikh : 15 September 2018 Masa : 10.00pagi - 12.30 tengahari Lokasi : Bilik Latihan Pi1M Sg Sireh Peserta : Pelajar sek ren |
Tujuan
Kelas ini memberi pendidikan kepada pelajar sekolah rendah agar membuka minda mereka dalam pembuangan barangan elektronik secara berhemah.
Aktiviti
Kelas ini menerangkan tentang kesan-kesan yang akan terjadi jika kita tidak membendung pembuangan barangan elektronik secara tidak terkawal. Peserta diminta untuk membawa telefon yang tidak boleh digunakan dan tidak berfungsi ke Pusat Internet.
Tarikh : 22 September 2018 Masa : 10.00pagi - 12.30 tengahari Lokasi : Bilik Latihan Pi1M Sg Sireh Peserta : Pelajar sek ren |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk menerangkan kepada pelajar mengenai buli siber. Buli siber adalah perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik.
Aktiviti
Petugas menunjukkan video kepada peserta mengenai buli siber. Petugas juga memberi sedikit taklimat buli siber seperti memberi maklumat seseorang tanpa kebenaran, fitnah dan sebar khabar angin yang tidak betul, seseorang mengkodam akaun seseorang tanpa kebenaran. Peserta juga diberi nasihat supaya tidak melakukan pembulian kepada sesiapa sahaja samada kenal ataupun tidak.
Tarikh : 10 September 2018 Masa : 10.00pagi - 12.30 tengahari Lokasi : Bilik Latihan Pi1M Sg Sireh Peserta : Lepasan SPM |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada peserta dalam mencari pekerjaan secara online melalui laman web jobmalaysia. Ia memudahkan peserta dalam mengisi borang dan memberi maklumat yang betul.
Aktiviti
Peserta membuka laman web jobmalaysia dan mencari pekerjaan yang bersesuai dengan kelulusan. Petugas memberi tunjuk ajar dalam mengisi borang secara online. Maklumat yang perlu diisi peserta seperti nama, alamat, no tel, kelulusan, kelayakan, jawatan dan banyak lagi. Sebelum mengisi borang online, peserta perlu membawa dokumen bagi memudahkan peserta mengisi borang.