Tarikh : 6 September 2018 Masa : 3.00petang - 5.30 petang Lokasi : Bilik Latihan Pi1M Sg Sireh Peserta : Sekolah Menengah
|
Tujuan
Memberi pendedahan kepada peserta tentang kaedah pelupusan perkakasan elektronik yang tidak digunakan atau yang telah rosak ke tempat pembuangan yang disediakan.
Aktiviti
Peserta diberikan penerangan mengenai pelupusan e-waste yang merangkumi semua jenis perkakasan elektronik yang telah tamat tempoh dan rosak secara berhemah. Peserta perlu membuka laman web e-waste untuk melihat info berkenaan e-waste dan memberikan sokongan dengan memberi like Facebook e-waste.
Tarikh : 20Ogos 2018 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tghri Lokasi : Bilik Latihan Pi1M Sg Sireh Peserta : Dewasa |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta dalam membuka akaun emel masing-masing bagi memudahkan mereka membuat perniagaan. Emel perlu dibuat kerana setiap urusan perniagaan memerlukan emel peribadi, ini memudahkan lagi urusan jual beli.
Aktiviti
Peserta membuka laman web google untuk membuat emel. Peserta diberi contoh alamat emel yang ringkas bagi memudahkan mereka mengingat.
Tarikh : 4 Ogos 2018 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tghri Lokasi : Bilik Latihan Pi1M Sg Sireh Peserta : Pelajar sek men |
Tujuan
Memberi taklimat kepada pelajar sekolah menengah mengenai laman web sebenarnya.my. Ia memberi pendedahan kepada mereka mengenali laman web tersebut dengan lebih dekat lagi bagi melihat secara terbuka perkara yang benar perlu dikongsi. Sebenarnya.my ini terdapat pelbagai maklumat yang sahih yang ada dikalangan kita tidak tahu samada berita itu benar atau tidak.
Aktiviti
Pelajar membuka laman web tersebut dan melihat info yang terdapat dilaman tersebut.
Tarikh : 18 Ogos 2018 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tghri Lokasi : Bilik Latihan Pi1M Sg Sireh Peserta : Pelajar sek ren
|
Tujuan
Kemahiran berorigami adalah sesuatu kreativiti minda bagi kanak-kanak yang ingin membuat pelbagai jenis bentuk menggunakan kertas. Kelas ini diadakan bagi melihat kemahiran pelajar dalam membuat haiwan menggunakan kertas.
Aktiviti
Petugas menunjukkan satu video origami yang membuat bentuk haiwan iaitu rama-rama. Pelajar diberikan kertas untuk membuat bentuk tersebut dengan mengikut arahan video tersebut.
Tarikh : 16 Julai 2018 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tghri Lokasi : Bilik Latihan Pi1M Sg Sireh Peserta : Dewasa
|
Tujuan
Latihan pengeditan facebook ini bertujuan memberi peluang kepada peserta dalam latihan keusahawanan yang disertai. Peserta dapat mempromosikan barang yang dijual ke dalam facebook. Facebook adalah media yang sangat popular kini dalam mempromosikan produk jualan. Peserta diberi pendedahan dalam mempromosikan produk dilaman sosial. Peserta juga boleh menggunakan page yang terdapat difacebook.
Aktiviti
Peserta membuka akaun facebook sendiri untuk membuat penambahan mengenai info-info produk yang di jual. Peserta menjual pelbagai jenis kereta yang menjadikan facebook sebahagian daripada media mempromosikan produk. Petugas menunjukkan item yang perlu digunakan seperti page, gambr perlu menarik bagi menarik minat pelanggan dalam membeli produk. Petugas menerangkan bagaimana memasukkan gambar dengan mudah dan berkesan.