Masa : 3.00ptg- 5.30ptg Lokasi : Pi Sg Sireh Peserta : 18 orang |
Tujuan
Internet ialah satu dunia yang menarik dan menyeronokkan. Namu, ia juga mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Jika digunakan dengan bijak, ia boleh mengundang pelbagai masalah dan bahaya.
Aktiviti
Tayangan video ini memaparkan mengenai kongsi secara berlebihan. Pelajar memberi tumpuan dalam video ini dan perlu ambil ikhtibar dalam membuat sebarang perkongsian.
Masa : 3.00ptg- 5.30ptg Lokasi : Pi Sg Sireh Peserta : 18 orang |
Tujuan
Barang-barang kelengkapan/peralatan elektrik dan elektronik yang tidak lagi digunakan oleh pengguna asal dan tidak lagi memberi apa-apa nilai kepada pengguna tersebut. Contoh: komputer peribadi, TV, radio, peti sejuk, mesin basuh, penghawa dingin, pencetak, telefon bimbit, pemain DVD/VCD, bateri telefon bimbit & sebagainya.
Aktiviti
Pelajar diberi penerangan mengenai kitar semula barang elektronik yang tidak digunakan lagi. Pelajar yang mempunyai barang seperti ini boleh dibawa ke Pusat Internet untuk di kitar semula.
Masa : 10.30pagi- 11.30pagi Lokasi : Pi Sg Sireh Peserta : 3 orang |
Tujuan
Bantuan Sara Hidup adalah sumber kewangan yang diberi kepada semua rakyat dalam kategori B40 yang layak oleh Kerajaan Malaysia.
Aktiviti
Peserta perlu membuat semakan, kemaskini dan pendaftaran baru, jika tidak pernah dapat bantuan ini. Peserta perlu membawa kad pengenalan suami, isteri dan anak bawah tanggungan yang masih bersekolah. Peserta perlu mengisi borang secara atas talian bagi memudahkan urusan. Peserta juga perlu mengisi katalaluan, kod keselamatn, soalan keselamatan untuk masuk didalam sistem bantuan ini.
Masa : 10.00pagi- 12.30pagi Lokasi : Pi Sg Sireh Peserta : 15 orang |
Tujuan
Terdiri daripada pelajar sekolah rendah yang berminat untuk mengikuti kelas diy cup cake. Kelas ini dapat memberi ilmu mengenai membuat kek coklat sendiri dirumah. Pelajar diberi tunjuk ajar bagaimana mengadun kek coklat ini.
Aktiviti
Sebelum memulakan kelas membuat cup cake coklat, pelajar diberi taklimat mengenai resepi yang perlu ada dalam membuat kek coklat. Pelajar membuat adunan kek bersama resepi yang telah diberi seperti serbuk koko, susu, air panas, gula, marjerin dan telur. Setelah siap kek ini, pelajar diberi seorang 4 cup cake untuk dibawa pulang.
Tarikh : 1 Februari 2020 Masa : 10.00pagi- 12.00tghri Lokasi : Pi Sg Sireh Peserta :10 orang |
Tujuan
E-sisa atau E-waste adalah perkataan yang digunakan di seluruh dunia dan masalah e-waste ini masih lagi tidak dapat ditangani malah, masalah pembuangan e-waste ini semakin meningkat di serata pelusuk dunia. E-waste atau juga dikenali sebagai e-sisa adalah bahan buangan atau sisa elektrik dan elektronik yang tidak lagi digunakan.
Aktiviti
Pelajar diberi taklimat secara terperinci cara-cara barang elektronik yang tidak digunakan dilupuskan. Pelajar membuka laman web berdasarkan penerangan petugas. Pusat Internet ada menyediakan kotak untuk membuang telefon, usb, charger, pendrive yang tidak digunakan lagi