Masa : 2.30pagi- 5.00petang Lokasi : Pi Sg Sireh Peserta : 10 orang |
Tujuan
E-waste adalah perkataan yang digunakan di seluruh dunia dan masalah e-waste ini masih lagi tidak dapat ditangani malah, masalah pembuangan e-waste ini semakin meningkat di serata pelusuk dunia. E-waste atau juga dikenali sebagai e-sisa adalah bahan buangan atau sisa elektrik dan elektronik yang tidak lagi digunakan
Aktiviti
Untuk hari ini pelajar diberi penerangan mengenai e-waste. Sebenarnya ramai juga dikalangan pelajar yang mempunyai barang elektronik terbuang di rumah. Dimana barang elektronik tersebut telah lama digunakan oleh ibubapa pelajar yang tidak tahu dimana harus dibuang. Dengan adanya taklimat ini pelajar dapat memanfaatkan e-weste dengan cara yang berhemah. Pelajar boleh membawa barang tersebut di Pusat Internet yang berhampiran dengan mereka.
Masa : 10.00pagi- 1.00petang Lokasi : Pi Sg Sireh Peserta : 20 orang |
Tujuan
Sempena cuti sekolah Pusat Internet telah mengadakan kelas kolaj kreatif bersama pelajar sekolah rendah. Seramai 21 orang pelajar mengikuti kelas kolaj ini yang terdiri daripada 9 orang lelaki dan 12 orang perempuan.
Aktiviti
Pelajar diberi penerangan mengenai bagaimana ingin membuat kolaj ini. Selepas memahami apa yang diberitahu pelajar memulakan kelas ini. Pelajar diberi gambar dan kertas warna atas pilihan pelajar sendiri. Pelajar melekatkan kertas warna di atas hambar yang diberi, sebelum itu pelajar perlu mengoyak kertas warna kecil-kecil.
Masa : 10.00pagi- 1.00petang Lokasi : Pi Sg Sireh Peserta : 25 orang |
Tujuan
Kelas ini memberi pendidikan kepada ibu-ibu yang hadir agar membuka minda mereka dalam pembuangan barangan elektronik secara berhemah.
Aktiviti
Kelas ini menerangkan tentang kesan-kesan yang akan terjadi jika kita tidak membendung pembuangan barangan elektronik secara tidak terkawal. Peserta diminta untuk membawa telefon yang tidak boleh digunakan dan tidak berfungsi ke Pusat Internet.
Masa : 10.00pagi- 1.00petang Lokasi : Pi Sg Sireh Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Terdiri daripada pelajar sekolah rendah yang mempelajari mewarna secara online. Pelajar membuka laman web www.thecolor.com untuk mewarna secara online dengan pelbagai gambar. Laman web ini membolehkan pelajar mengenalhuruf serta bunyi huruf dengan mudah sekali.
Aktiviti
Pelajar boleh memilih gambar yang terdapat didalam the color.com. Pelajar hanya pilih gambar yang tertera dan klik gambar kesukaan mereka. Pilih warna yang sesuai dalam yang terdapat di sebelah kiri thecolor ini. Terdapat pelbagai jenis warna sesuai dengan karaktor gambar.
Masa : 10.00pagi- 1.00petang Lokasi : Pi Sg Sireh Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Terdiri daripada pelajar sekolah menengah yang ingin belajar matematik untuk mengisi masa lapang sempena cuti sekolah ini.
Aktiviti
Pelajar diberi latihan matematik berpandukan buku panduan matematik. Pelajar membuat latihan