Masa : 10.00pagi- 12.00tghri Lokasi : Pi Sg Sireh Peserta : 1 orang |
Tujuan
Kelas ini terdiri daripada seorang pelajar dimana ingin mempelajari bagaimana untuk membuat resume. Pelajar ini tidak tahu membuat resume yang dikehendaki oleh majikan bagi mencari peluang pekerjaan. Pelajar perlu membawa maklumat diri dalam membuat resume yang ringkas.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan mengenai resume yang ringkas tetapi padat dengan menggunakan word. Pelajar menaip maklumat peribadi berpandukan dokumen yang di lampirkan. Sebelum meneruskan menaip pelajar membuka google search untuk mencari contoh resume yang telah disediakan untuk membuat contoh.
Masa : 10.00pagi- 12.00petang Lokasi : Pi Sg Sireh Peserta : 12 orang |
Tujuan
Kelas ini terdiri daripada pelajar sekolah rendah seramai 12 orang yang akan mempelajari latihan asas word dengan cara mudah. Pelajar diberi satu komputer setiap orang bagi memudahkan mereka dalam menaip latihan di word.
Aktiviti
Petugas memberi latihan berdasarkan buku teks yang disediakan dan pelajar akan menaip berpandukan buku tersebut.
Masa : 9.00pagi- 11.00petang Lokasi : Pi Sg Sireh Peserta : 1 orang |
Tujuan
Bengkel membuat poster ini bertujuan adalah untuk memberi ilmu mengenai beberapa aplikasi yang boleh digunapakai dalam menghasilkan poster. Pelajar juga diberi pendedahan cara mengggunakan web www.posterwall.com bagi mengedit poster yang telah disediakan dalam web ini. Dalam web ini pelajar juga dapat memilih poster yang disediakan untuk dijadikan poster yang akan diubah sendiri oleh pelajar. Web ini juga sangat senang digunakan bagi pelajar yang baru sahaja berjinak-jinak dalam menghasilkan poster.
Aktiviti
Pelajar membuka website posterwall dalam mengedit poster secara atas talian.Petugas menerangkan cara-cara bagaimana mengedit poster menggunakan posterwall. Pelajar mempelajari masukkan gambar, warna, menukar saiz dan bentuk tulisan mengikut citarasa pelajar.
Masa : 9.00pagi- 11.00petang Lokasi : Pi Sg Sireh Peserta : 10 orang |
Tujuan
E-sisa atau E-waste adalah perkataan yang digunakan di seluruh dunia dan masalah e-waste ini masih lagi tidak dapat ditangani malah, masalah pembuangan e-waste ini semakin meningkat di serata pelusuk dunia. E-waste atau juga dikenali sebagai e-sisa adalah bahan buangan atau sisa elektrik dan elektronik yang tidak lagi digunakan.
Aktiviti
Pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah, mereka diberi pendedahan mengenai e-waste.
Masa : 9.00pagi- 11.00petang Lokasi : Pi Sg Sireh Peserta : 25 orang |
Tujuan
Peserta yang terdiri daripada wanita yang ingin mengetahui kegunaan dashboard komuniti. Dashboard komuniti ini terdapat 5 jenis kategori seperti Myhealth, Myshop, Mykomuniti, Myplace dan Mysoal. Umum mengetahui dashboard komuniti ini boleh di muatturun melalui telefon masing-masing bagi memudahkan pelanggan dalam aktiviti seharian.
Aktiviti
Petugas menerangkan kegunaan 5 kategori ini dengan lebih dekat lagi. Peserta boleh membuat aduan di mykomuniti yang terdapat di dashboard komuniti. Peserta juga boleh melihat pelbagai maklumat yang terdapat di dalam mykomuniti. Myshop adalah ruang untuk pengguna berniaga secara alam maya. Peserta boleh masukkan gambar produk didalam myshop dan mempromosikan barang dengan mudah. Myhealth adalah sebuah aplikasi yang mudah dimana peserta boleh melihat sendiri rekod kesihatan yang telah dilakukan di Pusat Internet.