Masa : 10.00pagi- 12.00tghri Lokasi : Pi Sg Sireh Peserta :10 orang |
Tujuan
Kelas matematik secara atas talian adalah memudahkan peserta membuat mengiraan dengan mudah. Pelajar perlu membuat kiraan dengan menggunakan papan digital yang dilampirkan.
Aktiviti
Pelajar mengira menggunakan laman web matematik.my supaya mudah membuat pengiraan. Pelajar membuat kiraan tambahan, penolakan dan pembahagian dengan mudah.
Masa : 10.00pagi- 12.00tghri Lokasi : Pi Sg Sireh Peserta :10 orang |
Tujuan
Kelas ini terdiri daripada pelajar dewasa yang ingin mempelajari menggunakan excel dalam urusan kerja mereka. Pelajar ini mempelajari cara menggunakan tabel excel yang dipanggil spreadsheet.
Aktiviti
Pelajar dikehendaki membuka excel di komputer, seterusnya pelajar diajar cara menggunakan baris yang mewakilkan dengan angka yang berurutan dari 1 dan seterusnya. Kolom di excel diwakilkan dengan huruf yang berurutan dari huruf A dan seterusnya. Sel diwakilkan dengan kombinasi kolom dan baris seperti A1, B2, D10 dan lain-lain.
Masa : 10.00pagi- 12.00tghri Lokasi : Pi Sg Sireh Peserta : 20 orang |
Tujuan
Sebenarnya.my adalah sebuah pusat sehenti bagi rakyat Malaysia untuk menyemak sebelum berkongsi berita yang tidak ditentukan kesahihannya, tidak pasti jangan kongsi.
Aktiviti
Peserta diberi taklimat mengenai laman web Sebenarnya.my bagi memudahkan mereka melihat sendiri berita yang tersebar samada benar atau tidak.
Masa : 10.00pagi- 12.00tghri Lokasi : Pi Sg Sireh Peserta : 20 orang |
Tujuan
Barang-barang kelengkapan/peralatan elektrik dan elektronik yang tidak lagi digunakan oleh pengguna asal dan tidak lagi memberi apa-apa nilai kepada pengguna tersebut. Contoh: komputer peribadi, TV, radio, peti sejuk, mesin basuh, penghawa dingin, pencetak, telefon bimbit, pemain DVD/VCD, bateri telefon bimbit & sebagainya.
Aktiviti
Sambil mendengar taklimat e-waste peserta dihidangkan bersama sarapan pagi. Peserta diberi taklimat mengenai telefon atau barangan elektronik yang tidak dipakai boleh bawa ke Pusat Internet untuk di kitar semula. Peserta mempunyai pelbagai jenis telefon dirumah tetapi tidak tahu cara membuangnya bagaimana, dengan taklimat ini peserta dapat banyak ilmu cara berhemah dalam membuangya.
Masa : 10.00pagi- 12.00tghri Lokasi : Pi Sg Sireh Peserta : 20 orang |
Tujuan
Kumpulan bacaan yasin ini terdiri daripada wanita Surau Nur Saadah. Bacaan Yasin ini dibuat sebulan sekali di Pusat Internet bagi memenuhi masa yang mereka ada. Program ini juga dapat merapatkan diantara petugas bersama kumpulan tersebut.
Aktiviti
Dimulakan dengan tazkirah pagi kepada semua bagi menambah ilmu agama didada. Diantara kumpulan ini terdapat juga seorang ketua bagi memimpin bacaan yasin dan doa. Tidak lupa juga mereka diberi hidangan sarapan pagi bagi mengalas perut.