T
arikh :  23 November 2019

Masa   : 10.00pagi- 1.00petang

Lokasi : Pi Sg Sireh 

Peserta : Pelajar Sekolah 


Tujuan

Pelajar terdiri daripada 10 orang pelajar sekolah rendah. Pelajar ini diberi pendedahan mengenai bagaimana membuat slide yang mudah difahami sebagai persediaan akan datang. Power point adalah adalah aplikasi Microsoft Office yang selalu digunakan bagi pelajar atau guru-guru yang ingin membuat taklimat di dalam kelas. 

 

Aktiviti 

Pelajar diberi penerangan secara ringkas bagi menggunakan power point dalam membuat slide.

 

Gambar disini


T
arikh : 16 November 2019

Masa   : 10.00pagi- 1.00petang

Lokasi : Pi Sg Sireh 

Peserta : Pelajar Sekolah 


Tujuan

Berita palsu merupakan sejenis kewartawanan kuning atau propaganda yang terdiri daripada penyebaran maklumat salah atau olok-olok secara sengaja melalui media akhbar tradisional, media penyiaran mahupun media sosial dalam talian. 

 

Aktiviti

Peserta mendengar taklimat yang sampaikan oleh petugas. Mereka memberi tumpuan dalam mendengar taklimat mengenai maklumat palsu. Mereka juga diberi tugasan seperti membuat latihan menaip di word mengenai maklumat palsu. Mereka juga dikehendaki mencari maklumat palsu yang terdapat di internet supaya lebih mudah untuk mereka fahami.

 

 

Gambar disini


T
arikh : 8 November 2019

Masa   : 9.00pagi- 1.00petang

Lokasi : Pi Sg Sireh 

Peserta : Dewasa


Tujuan

Menerangkan apa itu dashboard komuniti yang digunakan oleh komuniti setempat. Aplikasi ini merupakan satu aplikasi yang dibina untuk kegunaan komuniti setempat. menerangkan apa itu dashboard komuniti yang digunakan oleh komuniti setempat. Aplikasi ini merupakan satu aplikasi yang dibina untuk kegunaan komuniti setempat. 


Aktiviti
Petugas memberi penerangan mengenai dashboard komuniti yang digunakan untuk komuniti setempat sekitar kawasan Pusat Internet.Peserta perlu mendaftar sebagai pengguna di pusat internet terdekat dan boleh masuk ke halaman dashboard komuniti. Peserta boleh menggunakan aplikasi ini di mana-mana dengan hanya menggunakan telefon pintar.  Peserta perlu memuat turun dahulu aplikasi ini  di telefon. Semua peserta memasukkan maklumat di dalam mykomuniti bagi melihat bagaimana Dashboard Komuniti ini digunapakai.

 

Gambar disini


T
arikh : 10 November 2019

Masa   : 10.00pagi- 1.00petang

Lokasi : Pi Sg Sireh 

Peserta : Pelajar Sekolah 


Tujuan

Mendidik perserta supaya tidak mudah mendedahkan maklumat peribadi, tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan etika penggunaan internet dan menyalahkan kemudahan yang disediakan ketika melayari internet.


Aktiviti

Peserta diberi pendedahan berkenaan budaya buli siber yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini sehingga boleh menimbulkan kes jenayah yang berat. Peserta juga diberi taklimat etika yang perlu ada ketika melayari internet serta kesan buruk yang bakal dihadapi jika mereka dapat dikesan oleh pihak berkuasa.

Gambar disini


T
arikh : 3 November 2019

Masa   : 10.00pagi- 1.00petang

Lokasi : Pi Sg Sireh 

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah


Tujuan

Kelas Matematik yang diadakan bertujuan memberi pengetahuan kira-kira kepada pelajar sekolah yang akan menghadapi SPM. Kelas ini dapat memberi peluang kepada pelajar dalam membuat latihan yang lebih baik. Matematik perlu membuat latihan yang banyak dalam membuat jalan kerja dan latihan bagi menambah pengetahuan dalam matematik.

Aktiviti

Pelajar dikehendaki membuat kiraan di hadapan petugas bagi membolehkan pelajar memahami apa yang diterangkan sebentar tadi. Pelajar membuat latihan dan diberi tunjuk ajar dalam matematik.

 

Gambar disini

Sub-kategori