USAHAWAN SERVIS PELAMIN

Nama : Amira Fadzila binti Abu Bakar
Umur : 24
Ahli : 2009

 

Latar Belakang

Puan Amira telah mengusahakan servis dekorasi pelamin semenjak tahun 2018 bersama-sama suami beliau. Pelamin beliau banyak mendapat pujian daripada penyewa yang menyewa pelamin beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 – RM1000 sahaja sebulan sebelum mengikuti kelas dan latihan usahawan yang disediakan di Pusat Internet Sungai Sireh.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas yang diikuti beliau di Pusat Internet dengan bantuan petugas, beliau dapat mempelajari teknik mempromosikan produk beliau di laman social. Setelah beliau mengikuti kelas usahawan dan mempromosikan produk beliau di fb, myshop, kini pendapatan beliau meningkat sebanyak RM1000-RM2000 sebulan.

  

USAHAWAN KEK DAN BISKUT

Nama : Siti Wahidah binti Mohd Nazim
Umur : 27
Ahli : 2010

 

Latar Belakang

Mula membuat aneka kek dan biskut sekitar tahun 2017, beliau berminat dalam ilmu membuat kek dan biskut dengan mengikuti kelas pastry di Shah Alam. Kini beliau membuat kek sepenuh masa.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 sebulan sahaja. Jumlah pelanggan amat sedikit ketika ini. Beliau berhasrat untuk mengubah kehidupan beliau dengan apa cara sekalipun bagi menambah pendapatan keluarga.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Kelas Asas Komputer adalah kelas pertama beliau dalam memantapkan lagi kemahiran beliau dalam bidang komputer. Beliau seorang yang banyak bertanya mengenai komputer dan latihan keusahawanan yang dijalankan di Pusat Internet. Beliau mempelajari cara menaip di Microsoft word dan membuat kertas kerja. Beliau mula belajar mempromosikan produk beliau dilaman social, disitu bermulalah perniagaan beliau mendapat tempat dihati pelanggan. Kini pendapatan beliau telah meningkat sebanyak rm1000 sebulan.

 

   

USAHAWAN BAHULU COMEL

Nama : Siti Aniza binti Aman
Umur : 39
Ahli : 2013

 

Latar Belakang

Beliau merupakan usahawan bahulu yang di usahakan sejak 2017. Beliau baru sahaja berjinak-jinak dalam pembuatan bahulu secara kecil-kecilan di kawasan kampung. Sebelum ini beliau adalah pengusaha tempe di rumah dan dijual di kedai-kedai berhampiran. Beliau ingin perbanyakkan dalam menghasilkan produk di pasaran.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Puan Aniza adalah seorang ibu kepada 7 orang anak yang masih bersekolah,. Beliau seorang yang sangat cekal dan kuat semangat.Beliau adalah asnaf zakat dan mendapat kursus membuat bahulu yang dianjurkan oleh zakat.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Terkejut dengan kebolehan diri setelah mengikuti kelas yang diadakan Pusat Internet, kini beliau sangat teruja untuk mengikuti aktiviti yang akan diadakan dimasa akan datang.Beliau juga mempelajari cara menaip di microsoft word bagi memberi kemahiran diri dengan lebih baik. Beliau menggunakan dashboard komuniti dan facebook sebagai medan perniagaan bagi memperluaskan produk.

    

 

MEMPELAJARI DASHBOARD KOMUNITI, MICROSOFT WORD, EXCEL, POWER POINT

Nama : Farah Firzana binti Mohd Asri
Umur : 22
Ahli : 2010


Latar Belakang

Beliau merupakan seorang pelajar lepasan SPM dari Sekolah Menengah Dato Harun, Tanjung Karang, Selangor. Beliau adalah pelajar yang aktif dalam mengikuti kelas di Pi Sungai Sireh.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini beliau tidak pernah menggunakan komputer dan kali pertama memasuki kelas, beliau tidak tahu langsung cara menggunakan komputer untuk membuat kerja sekolah. Petugas membantu beliau dalam menggunkan komputer dengan betul dan mudah.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau tidak pernah putus asa dalam membuat latihan dan mengikuti kelas di Pusat Internet Sg Sireh.Ini membolehkan beliau menggunakan Microsoft word, excel tanpa pemantauan petugas. Beliau juga menggunakan kemudahan internet dalam mencari maklumat dengan menggunakan kaedah pencarian yang berkesan hasil pembelajaran di Pi Sg Sireh ini.

   

 

USAHAWAN PENJUALAN KERETA 

Nama :Azhar bin Zainuddin
Umur :48
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Usahawan dan pengedar proton yang popular di kawasan Tanjong Karang, Shah Alam, Klang dan Kuala Lumpur.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Sebelum beliau memulakan perniagaan sebagai pengedar proton, beliau merupakan salah seorang pelajar ICT di Pi Sg Sireh  Kini beliau amat sibuk menguruskan jualan kereta proton, maka beliau jarang dapat mengikuti kelas di sini seperti biasa.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau antara pelajar yang aktif dalam mengikuti kelas yang diadakan di Pi Sg Sireh Beliau adalah seorang pelajar yang rajin bertanya dan sentiasa ingin membuat latihan dalam kelas yang diajar. Pelbagai kelas usahawan yang telah beliau ikuti sepanjang beliau bergelar usahawan pengedar proton.