USAHAWAN BUNGA SABUN

Nama : Haryati binti Samsuddin
Umur : 33
Ahli : 2018


Latar Belakang

Puan Hayati binti Shamsuddin berumur 33 tahun dan sudah berkahwin. Sebelum beliau berkecimpung dalam dunia usahawan ini. Beliau hanyalah seorang surirumah yang membantu suaminya berkebun. Suaminya seorang OKU cacat penglihatan dan mereka mempunyai 5 orang anak dan seorang anak kurang upaya. Beliau juga pernah menjual kerepek peria untuk menambah pendapatan keluarga.

Beliau menghadiri Program Hari Terbuka Pusat Internet Sg Sireh pada 11 Mac 2019 dan berkenalan dengan Persatuan Wanita Berdaya yang dijemput oleh pusat internet. Dari situ bermulalah beliau mengikuti segala program yang dianjurkan oleh PWB Dun Sungai Burong. Antara kelas yang dihadiri oleh Puan Hayati ialah membuat bunga sabun. Selepas itu, beliau giat membuat bunga sabun sehinggakan beliau mahir dan dipanggil menjadi tenaga pengajar untuk gubahan bunga sabun.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Hasil jualan Puan Hayati sebulan dianggarkan mendapat RM500 sebulan. Pelanggan beliau juga hanya tertumpu kepada akan-akan dengan mengiklankan hasil gubahan beliau melalui WhatsApp group PWB dan Whatsapp status. Hanya rakan-rakan disekeliling sahaja yang mengetahui peniagaan beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas hadir ke Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Sg Sireh, Puan Hayati kerap hadir ke Pusat Internet untuk belajar cara menggunakan komputer untuk menghasilkan kertas kerja, resume dan membuat akaun laman sosial untuk mengembangkan lagi pasaran hasil gubahan beliau. Kini, hasil pendapatan beliau mencecah RM2,000 sebulan. Beliau memasarkan produk melalui booth jualan bukan hanya di Dun Sungai Burong tetapi sehinggakan di SUK Shah Alam. Tambahan lagi, beliau bijak merebut peluang dengan menghasilkan gubahan untuk bunga konvokesyen, cenderahati, bunga telur dan gubahan bunga jambak. 

  

 

Nama : Adam Zikri bin Arshad
Umur :10
Ahli : 2018


Latar Belakang

Mempunyai ibubapa yang mengambil perhatian terhadap anak-anak adalah satu kelebihan buat adik Adam ini. Ibu beliau selalu bertanya mengenai kelas yang akan dijalankan di Pusat Internet. Beliau adalah seorang pelajar yang aktif dan rajin dalam kelas.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Adam tidak pandai menggunakan komponen computer seperti tetikus, monitar, dan papan kekunci. Beliau seorang yang selalu bertanya jika tidak tahu sesuatu perkara. Beliau tidak mudah putus asa dalam kelas.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Menggunakan komputer bukanlah perkara pertama buat beliau didalam kelas yang dihadirinya. Beliau telah pandai menggunakan papan kekunci dengan sebaiknya. Jika diberi latihan beliau adalah orang pertama yang siap dahulu dari rakan-rakan yang lain. Beliau adalah seorang pelajar yang kreatif dan lebih bijak dalam menggunakan komputer.

  

USAHAWAN ANEKA PAU

Nama : Siti Hajar binti Suratin
Umur : 33
Ahli : 2011


Latar Belakang

Puan Hajar seorg surirumah sepenuh masa,beliau amat meminati masakan dlm membuat aneka pau. Beliau mengikuti kelas membuat pau yg beliau minati di Kuala sel. Beliau tidak suka membuang masa begitu saja di rumah, maka bermulalah aktiviti beliau dalam membuat pau. Beliau membuat beberapa jenis pau seperti bau kaya, pau manis, pau kacang, pau ayam, pau daging dalam pelbagai warna.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan beliau adalah sebyk rm500-rm700sbln. Beliau ingin meningkatkan pendapatan setiap bulan dengan mengikuti kelas di Pusat Internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mencari peluang untuk menambahkan pendapatan dengan mengikuti kelas usahawan di Pusat Internet bersama-sama rakan lain. Beliau ingin mempelajari bagimana untuk meningkatkan pendapatan sebanyak rm700-rm1500 sebulan.

 

 

 

USAHAWAN MYBIDAN

Nama : Norhaznita binti Abdul Aziz
Umur : 55
Ahli : 2010


Latar Belakang

Puan haznita seorg surirumh sepenuh masa,beliau mempunyai 5 org ank yg terdiri daripada 3 lelaki 2 perempuan. Beliau amat meminati dunia perbidanan sehingga mengikuti program zakat mengenai mybidan. Pada mulnya beliau tidak tahu cara-cara mengurut dgn betul,maka zakat telah memilih puan haznita untuk mengikuti kursus mybidan di Shah Alam.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mengikuti mybidan dalm tempoh bebearpa bulan dengan pendapatan rm500-1000sbln. Beliau masih meneruskan walaupun pendapatan bulanan tidak mencapai target yg dikehendaki zakat dlm menambahkan pendapatan.



Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini pendapaatn beliau meningkat setiap bulan dengan mengikuti latihan keusahawanan di Pusat Internet. Beliau mempromosikan mybidan di facebook dan juga wasap. Beliau mempelajari kaedah bagaimana untuk membuat flyer dan fail untuk promosikan mybidan. Kini pendapatan beliau meningkat sebanyak rm1000-2000 sebulan.

  

 

PELAJAR YANG AKTIF DALAM SETIAP AKTIVITI PI

Nama : Nur Suraya binti Baharan
Umur : 10
Ahli : 2017

 

Latar Belakang

Mudah bagi pelajar yang telah mengetahui selok belok komputer tanpa di suruh buat, Suraya akan mendahului rakan yang lain. Petugas melihat Suraya adalah pelajar yang disenangi daripada pelajar yang lain.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya Suraya seorang yang pendiam malah tidak pandai bergaul dengan rakan yang lain. Beliau belajar cara-cara menggunakan komputer dengan perlahan pada mulanya. Ini amat menyukarkan petugas dalam mengajar pelajaran seterusnya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Apabila diberi tugasan Suraya dapat membuat dengan jayanya tanpa meminta tunjuk ajar. Melalui kelas ini juga beliau telah mahir menggunakan, monitar dan papan kekunci.  Selain itu beliau juga telah mengikuti beberapa kelas komputer di sekolah dalam mencari maklumat.