Nama : Siti Salbiah binti Juhan
Umur : 34
Ahli : 2019

Latar belakang

Puan Salbiah dan suaminya menjalankan perniagaan kad kahwin di atas nama Detik Bahagia Enterprise. Selain menjalankan perniagaan pencetakan kad kahwin, mereka juga mengambil tempahan untuk mereka bentuk banting, banner dan poster secara softcopy.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Salbiah merupakan seorang graduan dalam bidang multimedia jadi tidak susah untuk menggunakan komputer. Tetapi setiap pereka grafik mempunyai masalah, apa bila sudah lama membuat reka bentuk grafik, pasti akan ketandusan idea.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pusat Internet Sg Sireh membuat kelas reka bentuk asas grafik kepada penduduk kampung di sekitarnya. Puan Salbiah mengambil kesempatan untuk menghadiri dan menyertai kelas yang dianjurkan kerana beliau merasakan perlu untuk refresh idea yang baru.

 

Nama : Nur Ashikin binti Aziz
Umur : 29
Ahli : 2019


Latar belakang

Puan Ashikin merupakan seorang surirumah dan aktif menjalankan perniagaan dari rumah sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Ashikin hanya menggunakan Facebook sebagai medium untuk memasarkan produk yang dihasilkan. Anggaran hasil pendapatan beliau hanyalah RM500.00 sebulan dengan menggunakan facebook.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas hadir ke Kursus Usahawan Rintis yang dijalankan di Pusat Internet Sungai Sireh, Puan Ashikin mendapat banyak ilmu baru yang boleh digunapakai untuk meningkatkan hasil jualannya melalui platform WhatsApp dan Facebook khususnya. Beliau terkejut dengan peningkatan jualan melalui WhatsApp dan teknik yang digunakan dengan menyimpan nombor kenalan-kenalan baharu dan meminta mereka untuk menyimpan juga nombor beliau, akhirnya teknik ini berkesan. Apabila ramai yang melihat whatsApp status beliau, makin banyak permintaan tempahan makanan yang dijual. Beliau juga kerap mempromosikan kek beliau dalam group-group WhatsApps.

Nama : Rasidah binti Mohd Subhi
Umur : 29
Ahli : 2019

 

Latar Belakang

Puan Rashidah berumur 29 tahun dan sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Beliau merupakan lulusan Diploma Seni Kulinari. Dengan kelebihan yang ada, selepas graduasi beliau mengambil langkah berani untuk menjadi usahawan dalam bidang makanan pastry, bakery dan roti canai frozen.Beliau juga sering menghadiri kursus-kursus yang dijalankan oleh KEMAS untuk memantapkan lagi ilmu dan kemahiran yang beliau ada dalam bidang masakan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Rashidah hanya menggunakan Facebook sebagai medium untuk memasarkan produk yang dihasilkan. Anggaran hasil pendapatan beliau hanyalah RM800.00 sebulan dengan menggunakan facebook.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas hadir ke Kursus Usahawan Rintis yang dijalankan di Pusat Internet Sungai Sireh, Puan Rashidah mendapat banyak ilmu baru yang boleh digunapakai untuk meningkatkan hasil jualannya melalui platform WhatsApp dan Facebook khususnya. Beliau terkejut dengan peningkatan jualan melalui WhatsApp dan teknik yang digunakan dengan menyimpan nombor kenalan-kenalan baharu dan meminta mereka untuk menyimpan juga nombor beliau, akhirnya teknik ini berkesan. Apabila ramai yang melihat whatsApp status beliau, makin banyak permintaan tempahan makanan yang dijual.Beliau juga sudah mempunyai pengedar-pengedar sekitar Lembah Klang kerana permintaan terlalu banyak daripada kawasan sana

 

. 

 

 

Nama : Nur Dhaniyah binti Mohd Azman
Umur : 7
Ahli : 2017


Latar   belakang

Beliau merupakan seorang pelajar yang biasa tetapi bertindak secara luar biasa. Beliau seorang pelajar yang pendiam dikalangan pelajar-pelajar lain.


Sebelum   penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada tahun 2018, Nur Dhaniyah hanya mengikut kakaknya menghadiri kelas komputer yang diadakan di Pusat  Internet Sungai Sireh. Kadangkala beliau belajar secara tidak formal, duduk   di sebelah kakaknya apabila kelas yang dihadiri pada hari tersebut dihadiri oleh ramai peserta. Beliau tidak berani untuk menggunakan komputer sendiri   kerana belum mahir.


Selepas   penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setiap hujung minggu, Pusat Internet mengadakan kelas komputer. Hampir setahun menemani kakaknya   menghadiri kelas. Nur Dhaniyah sudah berani untuk menggunakan komputer sendiri dan menaip dengan sendiri. Banyak yang beliau belajar dari kelas ini seperti mempelajari microsoft word.


 

Nama : M. Haris Ikhwan bin Hashim
Umur :10
Ahli : 2018


Latar Belakang

Ikhwan merupakan seorang pelajar tahun 4 di SK Seri Gambut. Kerap hadir ke Pusat internet jika ada masa terluang dan menghadiri kelas yang dianjurkan oleh pusat internet terutamanya pada hujung minggu.Ibu Ikhwan juga memberi kan sokongan dengan menghantar Ikhwan ke Pusat Internet.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Ikhwan hanya datang menemani kawan-kawan sahaja di Pusat internet. Beliau menunjukkan minat untuk belajar ICT melihat ramai kawan yang hadi ke kelas dan terus membuat keputusan untuk menjadi ahli di Pusat Internet dan menghadiri kelas secarra percuma. Disebabkan baru memulakan kelas ICT, beliau agak lambat untuk menggunakan komputer, menekan papan kekunci,  dan menggunakan aplikasi yang ada. Petugas memulakan kelas dengan mengajar Microsoft Word untuk belajar menaip.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beberapa kali menghadiri kelas komputer, beliau sudah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Beliau boleh mengendalikan sesuatu tugasan tanpa pemantauan yang kerap. Beliau juga menggunakan kemudahan  internet untuk mencari maklumat dan melayari laman web youtube.