Nama Noor Affendy bin Noor Azme
Umur : 25
Ahli : 2010


Latar belakang

Affendy nama panggilan kepada empunya nama Noor Affendy bin Noor Azme. Beliau merupakan usahawan Muda Tani di Kampung Ampangan. Beliau adalah anak kedua daripada 3 adik beradik. Beliau dibesarkan tanpa seorang ayah kerana ayah beliau telah kembali ke Rahmatullah. Beliau dibesarkan oleh ibu yang bekerja sebagai petani. Sebelum ini, beliau bekerja makan gaji di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Banyak masa terbuang, beliau kembali ke kampung halaman dan menanam pandan sebagai kerja tetap beliau. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau menjalankan perniagaan menjual pandan di pasar tani, beliau kurang pengetahuan dalam mempromosikan produk pandan beliau di laman sosial seperti facebook dan juga whatsapp. Beliau sering mengikuti kelas yang dijalankan di Pusat Internet bersama adik beliau. Di situ beliau cuba belajar selok-belok menggunakan komputer dan media sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau banyak bertanya petugas dalam mempromosi dan cara-cara ingin meningkatkan pendapatan dalam perniagaan. Perniagaan pandan beliau kini telah mendapat sambutan dimana beliau telah memasarkan produk beliau di laman web shopee. Pendapatan yang beliau perolehi amat memberangkan dan dapat meningkatkan lagi penanaman pandan beliau.

Nama : Rosnani binti Ismin
Umur : 37
Ahli : 2019


Latar belakang

Empunya nama Rosnani panggilan nani, beliau adalah seorang surirumah sepenuh masa dalam membesarkan anak-anak seramai 2 orang. Puan Rosnani berkecimpung dalam bidang membuat kek dan roti semenjak 2 tahun yang lalu. Beliau mengikuti kelas membuat kek dan roti di kawasan tempat tinggal beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Nani tidak pernah mengikuti mana-mana kelas komputer sebelum ini. Beliau mendapat tahu Pusat Internet akan mengadakan kelas ICT untuk peserta dewasa, dengan segera beliau mendaftarkan diri untuk mengikuti kelas tersebut. Beliau adalah seorang pemalu jika tidak petugas menegurnya. Beliau juga ingin menambahkan pendapatan melalui kelas di sini, dimana sebelum ini pendapatan beliau RM500 sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan RM1000 keatas memberi impak positif semenjak beliau mengikuti kelas yang dijalankan di Pusat Internet, beliau banyak belajar selok belok mengenai perniagaan atas talian. Petugas banyak memberi tunjuk ajar dalam perniagaan jika berlaku penipuan. Petugas juga banyak membimbing beliau dalam aktiviti yang perlu dilakukan dalam perniagaan. 

Nama : Azliyana Emiliya binti Haidi
Umur : 28
Ahli : 2011

Latar Belakang
Puan Azliyana merupakan seorang pekerja sepenuh masa di Lembaga Zakat Selangor dan menjadikan perniagaan sebagai pendapatan sampingan. Tambahan lagi, beliau mempunyai minat berniaga sejak di bangku sekolah lagi dengan menjual nasi lemak yang dibuat oleh ibunya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Puan Azliyana menggunakan medium facebook dan whatsapp status untuk mempromosikan jualannya dan mengambil tempahan di kawasan sekitar tempat kediamannya. Beliau mengambil tempahan dan hanya merekodkan tempahan melalui personal message di whatsApp dan Direct Message di Facebook.

 Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Selepas menghadiri kelas komputer dan kelas usahawan yang dikendalikan oleh Pusat Internet. Puan Azliyana telah menvariasikan platform jualan produk beliau ke beberapa platform online yang lain seperti Shopee dan Yezza. Beliau sangat gembira apabila rekod jualan dapat dikendalikan dengan lebih sistematik.


Nama : Tuah Iskandar bin Mohd Faizal
Umur : 12
Ahli : 2018


Latar belakang

Pelajar ini selalu menemani kakak yang membuat kerja sekolah di Pi Sg Sireh. Pada pandangan beliau komputer perlu dipelajari dari awal. Beliau amat tertarik untuk mengikuti kelas yang di sediakan di Pi Sg Sireh. Tanpa membuang masa beliau memberitahu ibu untuk mengikuti kelas dan mempelajari selok belok komputer.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awalnya, beliau hanya melihat dari jauh dan tidak berminat untuk menggunakan komputer kerana beliau sangat takut jika tidak betul menggunakannya komputer akan rosak.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah hari berganti hari beliau mengikuti kakak ke PI Sg Sireh, terasa ingin mengikuti kelas sangat mendalam. Kini beliau telah pun mahir dalam menggunakan komputer. Dalam kelas beliau menunjukkan minta yang sangat tinggi terhadap dunia ICT. Beliau seorang yang banyak bertanya, jika tidak tahu.

 

Nama : Amani Zulaikha binti Zulkiflee
Umur : 9
Ahli : 2017

Latar belakang

Amiza pelajar yang aktif dalam sukan disekolah mahupun aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet. Amiza adalah anak sulung daripada 4 orang adik beradik. Beliau dibesarkan dalam keluarga yang sederhana.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Amiza mengikuti kelas semenjak tahun 2017, pada masa itu beliau saja-saja datang mengikut ibu dalam menggunakan internet. Beliau tidak mahir kerana masih kecil pada masa itu. Ibunya tidak menggalakkan beliau untuk mengikuti kelas di sini. Kemungkinan akan menyusahkan petugas dalam pembejalaran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setiap hujung cuti sekolah, beliau sering mengajak ibunya untuk meneman beliau ke Pusat Internet. Atas dasar ingin mencuba dan menggunakan komputer, ibunya akur terhadap amiza kerana beliau sangat bersungguh-sungguh untuk mempelajari komputer dan seterusnya sehingga ke hari ini beliau terus mengikuti segala aktiviti yang diadakan di Pusat Internet. Kini beliau adalah seorang pelajar yang sangat aktif di dalam setiap aktiviti disini.