Nama : Norsidah binti Samat
Umur : 54 tahun
Ahli : 2019


Latar belakang

Puan Sidah merupakan suri rumah kepada 4 orang cahaya mata. Beliau mula berniaga pada tahun 1998, kerana berminat dalam membuat biskut kini beliau membuat secara kecil-kecilan dengan pelbagai jenis biskut. Beliau juga pernah mengusaha kantin sekolah selama 11 tahun. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mula berniaga, beliau menjual secara kecil-kecil ke rumah-rumah dan melalui kawan-kawan. Beliau menggunakan kaedah perniagaan yang senang sebelum dapat mempromosikan produk beliau ke luar. Beliau dapat menjana pendapatn sebanyak RM500 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mula mengikuti kelas dan bengkel di Pusat Internet Sungai Sireh bersama rakan-rakan. Beliau banyak belajar mengenai cara promosi dan mengiklankn produk beliau dengan cara yang betul dan mudah. Kini pendapatan beliau meningkat sebanyak RM1500 sebulan.

Nama Asmah binti Habib
Umur : 51 tahun
Ahli : 2017


Latar belakang

Puan Noor Asmah merupakan seorang guru agama JAIS di Sekolah Rendah Agama Sg Tengi Kanan. Beliau juga merupakan seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak perempuan. Beliau mempunyai bakat dalam seni lukisan dan juga aktif dalam bidang pertanian. Bermacam-macam tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran yang diusahakan oleh beliau. Sejak PKP awal tahun 2020, beliau tidak ke sekolah dan mencari aktiviti baharu yang boleh dilakukan supaya tidak bosan duduk di rumah. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini beliau hanya melukis secara kecil-kecilan dan mengambil tempahan daripada kawan-kawan terdekat sahaja. Petugas PI menyedari bakat itu dan mengambil keputusan untuk membuat video memperkenalkan lukisan cat minyak beliau melalui YouTube. Tanaman pertanian beliau juga hanya di muatnaik di WhatsApp status sahaja dan pembeli juga dalam kalangan kawan dan penduduk setempat. Pendapatan yang beliau perolehi adalah sebanyak RM200 sebulan. 


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas video lukisan dimuatnaik di Youtube, Puan Noor Asmah menjadi lebih dikenali dan orang luar cakna dengan lukisan cat minyak di tempayan. Ramai orang mencari tempayan lama dan menghantar kepada Puan Asmah untuk dicat semula dengan gambar pemandangan yang menarik. Tambahan lagi, apabila sudah dikenali dengan tanaman-tanaman yang dihasilkan oleh Puan Asmah, setiap kali dimuat naik di facebook pasti akan habis sayur dan buah-buahnya dijual. Kini pendapatan beliau meningkat sebanyak RM1000 sebulan.

Nama Siti Norhayati binti Napiah
Umur : 40 tahun
Ahli 2013


Latar belakang

Beliau merupakan surirumah sepenuh masa. Beliau berasal dari Tanjung Karang, Selangor. Beliau telah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak, 4 perempuan dan 1 lelaki. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Sireh. Beliau kini bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan di kampung. Jika mempunyai masa lapang beliau akan bekerja kebun untuk mencari sumber pendapatan sampingan. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya beliau tidak berani untuk melangkah ke Pusat Internet, oleh kerana Pusat Internet sering mengadakan aktiviti untuk dewasa, beliau teruja mengikuti kelas disini. Kini beliau seorang yang rajin mengikut apa-apa aktiviti yang diadakan di Pusat Internet. Jika mempunyai masa lapang, beliau sering mengikuti kelas komputer bagi mempelajari menggunakan komputer. Beliau sering terokai perkara baru dalam memberi peluang kepada diri sendiri dalam dunia ICT. Beliau tidak malu untuk bertanya jika mempunyai masalah berkaitan ICT kepada petugas. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Hasil daripada mengikuti kelas di Pusat Internet, kini beliau mengajar anak-anak pula dirumah. Kelebihan yang ada pada diri, beliau dapat membantu anak-anak untuk menyiapkan dan membuat kerja sekolah. Beliau sangat terharu dapat belajar komputer di Pusat Internet dan memudahkan beliau berintekasi dengan anak-anak di rumah.

  

 

Nama Fawwas Wazif bin Mohd Rashdi
Umur :13
Ahli : 2018


Latar belakang

Fawwas seorang pelajar tingkatan 1 di Sekolah Agama Menengah Tanjung Karang. Beliau merupakan anak ke 4 daripada 5 orang adik beradik. Beliau seorang pelajar yang aktif disekolah, sering mengikuti aktiviti yang dianjurkan di sekolah. Beliau dibesarkan oleh kedua-dua ibubapa dengan penuh kasih sayang. Beliau mempunyai kawan rapat yang sering bersama, walaupun kemana sahaja. Beliau kini tinggal diasrama sekolah kerana bagi memudahkan sesi pembelajaran dan belajar berdikasi sendiri.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mula terlibat dalam aktiviti Pusat Internet semenjak dibangku sekolah rendah lagi. Beliau mempelajari cara menggunakan komputer seperti menaip karangan, mempelajari bahagian-bahagian komputer dan banyak lagi. Beliau seorang yang suka bertanya jika tidak mengetahui tentang apa yang beliau pelajari. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Walaupun beliau tinggal diasrama, namun beliau masih meneruskan kelas dan melibatkan aktiviti di Pusat Internet sehingga sekarang. Beliau kini telah mahir dalam menggunakan komputer dan sangat cepat menyiapkan setiap latihan yang diberikan. Beliau seorang yang sangat kreatif dalam membuat poster untuk sesebuah pertandingan yang dianjurkan di sini.