Nama : Siti Asmah binti Ja’afar
Umur : 38 tahun
Ahli : 2004

 
Latar belakang

Siti Asmah binti Ja’afar adalah seorang usahawan pecal sekitar Kawasan Tanjong Karang. Beliau juga aktif dalam membuat rempeyek kacang, ikan bilis, kacang hijau dan kacang dal. Beliau memulakan perniagaan dirumah sebelum ini. Kini beliau telah memajukan perniagaan pecal di pasar tani dan kedai makan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum beliau menjadi usahawan pecal beliau adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau selalu hadir ke PI bagi mengikuti kelas dalam latihan yang disediakan oleh PI. Beliau amat meminati kelas yang disediakan disini. Petugas menarik beliau untuk menjadi ahli PI supaya beliau boleh mengikuti kelas seterusnya secara percuma.  

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Beliau mula mengikuti program di Pusat Internet sejak sekolah rendah lagi. Permulaan beliau mempelajari asas komputer, photoshop, kelas keusahawanan dan banyak lagi. 

Nama : Noorzita binti Abdullah
Umur : 45 tahun
Ahli : 2022

 
Latar belakang

Noorzita binti Abdullah adalah seorang usahawan kedai makan yang terletak di Lorong 7 Sungai Sireh. Beliau mempunyai anak seramai 5 orang. Beliau telah menceburkan diri dalam masakan semenjak anak ke 3 dilahirkan. Beliau amat meminati bidang masakan dengan berniaga di kedai, disamping itu beliau juga menerima tempahan catering, membuat kuih muih sejuk beku. Beliau seorang yang rajin dalam perniagaan ini sehingga telah menerima tempahan dari pelbagai acara seperti perkahwinan, seminar, mesyuarat dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum beliau menjadi usahawan seperti sekarang ini, beliau adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau mendapat idea dalam masakan setelah anak ketiga beliau dilahirkan. Beliau selalu hadir ke PI bagi mengikuti kelas dalam latihan yang disediakan oleh PI. Beliau amat meminati kelas yang disediakan disini. Petugas menarik beliau untuk menjadi ahli PI supaya beliau boleh mengikuti kelas seterusnya secara percuma. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Beliau mula mengikuti program di Pusat Internet sejak sekolah rendah lagi. Permulaan beliau mempelajari asas komputer, photoshop, kelas keusahawanan dan banyak lagi. Kini

Nama : Rosnani binti Ismin
Umur : 40 tahun
Ahli : 2020

 

Latar belakang

Puan Rosnani binti Ismin merupakan seorang usahawan kecil-kecilan di Kampung Sungai Burong. Beliau memulakan perniagaan pada tahun 2019 sehingga kini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum memulakan perniagaan beliau merupakan surirumah sepenuh masa sementara suami beliau bekerja. Beliau tidak pernah bekerja apatah lagi mengikuti mana-mana aktiviti di kampung. Beliau mula mengenali PEDi setelah kawan baik beliau mengajak mengikuti kelas usahawan yang dianjurkan di PEDi Sungai Sireh. Beliau tidak pernah menggunakan komputer sebelum ini.

 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Beliau tidak bekerja menyebabakan beliau sering kebosanan dirumah dan beliau mengambil kesempatan untuk mengikuti kelas di PEDi. Beliau juga mengikuti kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh PEDi bagi meningkatkan kefahaman selok belok dalam bidang perniagaan. Produk beliau kini sangat popular di kampung halaman dengan jualan produk makanan boleh dibeli dari semua peringkat umur. Jualan beliau meningkat selepas mengikuti kelas di PEDi.


 

Nama : Siti Nurul Amira binti Ismail
Umur : 30 tahun
Ahli : 2020

 

Latar belakang

Beliau menjalankan perniagaan kosmetik dari pelbagai jenama. Iman adalah nama panggilan yang senang disebut dikalangan rakan-rakan beliau. Siti Nurul Amirah binti Ismail merupakan nama beliau yang jarang sekali digunakan. Beliau seorang yang peramah dan senang didekati oleh sesiapa sahaja. Beliau merupakan suri rumah sepenuh masa dana mempunyai 4 orang cahaya mata. Beliau memulakan perniagaan pada tahun 2017 hanya di rumah sahaja.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500sebulan sahaja. Jumlah pelanggan amat sedikit ketika itu membuatkan beliau ingin mencari pendapatan tambahan untuk keluarga. Beliau tidak pernah mengikuti mana-mana kursus usahawan sebelum ini. Beliau ingin membelajari lebih dalam mengenai bidang keusahawanan di PEDi dengan lebih dekat lagi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hadir mengikuti kelas di PEDi dalam memantapkan lagi kemahiran beliau didalam bidang komputer sekaligus boleh mempelajari teknik-teknik mempromosi produk beliau di sosial seperti di facebook, shopee dan tiktok shop. Beliau mempelajari selok belok perniagaan bagi menambah pendapatan beliau yang kini meningkat sebanyak RM1000 sebulan.