USAHAWAN PAKAIAN KANAK-KANAK

Nama :Suria Asyikin binti Yunus
Umur :20
Ahli : 2011

 

Latar Belakang

Usahawan pakaian yang popular di pasar malam kawasan  Tanjung Karang, Pasir Panjang. Cik Suria Asyikin merupakan seorang usahawan pakaian kanak-kanak di sekitar pasar malam Pasir Panjang. Beliau memang berminat dalam perniagaan pakaian kanak-kanak. Beliau adalah salah seorang anak yang mengikuti perniagaan keluarga yang telah di usahakan sekitar tahun 2016. Beliau merupakan anak ke 5 daripada 7 orang adik beradik. Beliau mewarisi perniagaan pakaian keluarga semenjak tahun 2016. Dengan perniagaan ini beliau mendapat insentif daripada pihak kerajaan dalam usaha memajukan IKS.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau adalah pengguna biasa di Pi Sg Sireh, seterusnya berminat untuk mengikuti kelas yang diadakan. Beliau ingin mempelajari cara menggunakan komputer dengan lebih dekat lagi. Sebelum ini beliau tidak pernah belajar komputer dan ICT di mana-mana pusat komputer. Beliau amat tertarik dengan perkhidmatan yang disediakan di Pi Sg Sireh seterusnya memikat hati untuk belajar komputer di sini.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau mengusahakan perniagaan pakaian kanak-kanak memerlukan beliau belajar ICT dengan lebih mendalam. Beliau mempelajari teknik bagaimana untuk memasarkan produk yang telah beliau pelajari di sini. Beliau amat menyukai cara pembelajaran yang telah diajar oleh petugas kepada beliau dengan cara mudah untuk memasarkan produk yang diusahakan beliau. Sebelum ini beliau tidak mengetahui cara memasarkan produk, setelah beliau belajar maka tidak rugi menimba ilmu di Pi Sg Sireh.

 

     

USAHAWAN GERAI MAKANAN

Nama :Siti Norzaidah binti Manaf
Umur :43
Ahli : 2013

 

Latar Belakang

Puan Siti Norzaidah adalah seorang usahawan makan di Gerai Parit 3. Beliau memulakan perniagaan semenjak tahun 2015 yang diusahakan bersama suami beliau. Perniagaan yang berasaskan makanan basah seperti mee kari, laksa, nasi campur dan pelbagai lagi. Beliau adalah seorang usahawan makan basah di Gerai Parit 3 yang diusahakan bersama suami beliau. Pada mulanya beliau berniaga kecil-kecilan sahaja sehinggalah perniagaan beliau kini menjadi popular dikalangan penduduk kampung. Beliau amat meminati bidang masakan seperti mee kari, laksa, nasi campur dal pelbagai jenis masakan yang ada di gerai. Jika ada kelapangan masa beliau dibantu oleh anak-anak beliau di gerai.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau amat meninati kelas komputer yang diadakan di Pi Sg Sireh, beliau mempunyai kekangan masa untuk hadir ke kelas komputer. Akan tetapi beliau berusaha untuk menhadiri kelas komputer yang diajar oleh petugas yang amat memahami kesibukan beliau. Beliau juga tidak cekap untuk menggunakan komputer pada masa itu, dengan kerajinan beliau datang ke kelas beliau amat teruja apabila sedikit sebanyak dapat mempelajari asas komputer dengan begitu mudah.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas beliau mengikuti kelas komputer di Pi, beliau telah membuka akaun emel dan facebook. Beliau mempelajari cara-cara mengembangkan produk beliau di Dashboard Komuniti Myshop. Seterusnya beliau dapat mengembangkan produk beliau di aplikasi tersebut dengan mudah. Kini produk makanan beliau telah mendapat pesanan daripada kawasan sekitar setelah mempromosikan produk di laman sosial. Dengan cara ini beliau dapat meningkatkan pendapatan daripada Rm500 sebulan kini mencecah RM1200 sebulan.

    

  

  

 

 

 

CELIK IT- MAIMUNAH HJ KARIM (Mempelajari Asas Komputer)

Nama : Maimunah binti Hj Karim
Umur : 66
Ahli : 2013


Latar Belakang

Puan Maimunah atau dikenali sebagai Mak Munah merupakan salah seorang warga emas yang berkeinginan untuk belajar komputer meskipun umur sudah meningkat tua. Mak Munah mengikuti kelas di PI Sungai Sireh pada setiap 2 kali dalam sebulan.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pada awalnya, Wak Munah hanya mengikuti program riadah dan santai seperti anyaman, membuat batik dan mengubah bunga yang sering diadakan oleh pihak homestay di sebelah Pi Sungai Sireh dan dari situ beliau memerhati gerageri anak-anak muda yang sering mengikuti kelas anjuran Pi Sungai Sireh lalu membuat beliau tertnya-tanya apa kelainan Pi Sg Sireh berbanding Cyber Cafe. Dari situ, beliau mula berkenalan dengan petugas Pi dan petugas memberi srba sedikit penerangan tentang peranan Pi kepada masyarakat setempat dan ini menarik minat beliau untuk belajar asas komputer meskipun pada beliau umur agak lewat untuk belajar.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Mengajar Wak Munah merupakan pengalamn yang agak sukar kerana Wak Munah mengalami masalah ingatan kerana beliau sering lupa setiap pelajaran yang telah diajarkan kepada beliau. Tetapi semangat Wak Munah yang tetap ingin mengetahui asas komputer membuatkan petugas tidak putus asa dan berusaha menjadikan Wak Munah seorang warga emas yang mempunyai pengetahuan dalam komputer.

 

 Kisah Kejayaan - PUAN LATIFAH MOHAMAD (Jamu Tradisional Melayu)

Nama : Latifah binti Mohamad
Umur : 55
Ahli : 2016


Latar Belakang

Puan Latifah memulakan karier sebagai tukang urut tradisional di kampungnya bermula sejak berumur 30an lagi. Penglibatan beliau dalam urutan tradisional ini bukanlah diwarisi oleh nenek moyang tetapi sifat ingin tahu dan belajar tentang urutan tradisionak membuatkan beliau menuntut ilmu urutan ini dengan seorang jiran ketika beliau tinggal di Sabak Bernam yang dipanggil mak Enon. Di situlah beliau mengenali urat-urat dalaman yang perlu diambil berat jika berlaku sebarang permasalahan dalaman seseorang.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Puan Latifah mengakui bahawa beliau tudak tahu menahu perihal penggunaan komputer tambahan pula beliau tiada kemudahan komputer atau laptop dirumah. Sebelum ini, hasil perkhidmatan beliau sebagai tukang urut disebarkan melalui jiran tetangga atau kenalan yang pernah menggunakan perkidmatan beliau tentang adanya kemudahan pusat internet yang boleh membantu orang kampung untuk belajar komputer secara percuma, Puan Latifah tidak melepaskan peluang tersebut dan mula menglibatkan diri ke kelas yang diadakan di Pi Sg Sireh.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah beberapa sesi latihan yang diajar dikelas komputer, Puan Latifah kini menggunakan kaedah online untuk mempromosikan perkihmatan urutan tradisional dan jamu beliau. Beliau juga sedang meningkatkan keupanyaan dalam menaip serta mengingati langkah-langkah yang diajarkan oleh petugas untuk menggunakan laman sosial. Kini Puan Latifah aktif menggunakan aplikasi dashboard untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan baliau.

 

Kisah Kejayaan - RUBIAH SAMURI (Rempeyek Ruby)

Nama :Rubiah binti Samuri
Umur : 39
Ahli : 2013


Latar Belakang

Puan Rubiah merupakan seorang ahli Pi Sg Sireh yang aktif mengikuti kelas dan aktiviti yang diadakan di Pi Sg Sireh ini. Beliau juga menjadi tinggak untama dalam menghebahkan maklumat atau informasi yang berkaitan pi kepada penduduk setempat. Puan Rubiah juga merupakan pelajar yang rajin bertanya ketika sesi pembelajaran samada berkaitan komputer atau keusahawanan.

 
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pada peringkat awal, beliau datang ke kelas komputer sekadar mahu belajar asas Microsoft Office dan menambahkan pengetahuan berkenaan IT. Namun, beliau tidak menyangka bahawa di kelas keusahawanan di Pi Sg Sireh, beliau dapat mengembangkan sedikit sebanyak perniagaan kecil-kecilan yang diusahakan sendiri melalui teknik promosi dan laman yang sesuai untuk membantu memperkenalkan produk beliau disamping memperkasakan ilmu berkaitan IT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Berkat menimba ilmu di Pi Sg Sireh terutamanya dalam bidang keusahawanan Puan Rubiah dapat memasarkan produk beliau bukan sahaja di Kg Ampangan malah di luar Tanjung Karang seperti Kuala Selangor, Sungai Besar dan Sabak Bernam. Beliau juga mendapat ilmu tentang cara menghasilkan kertas kerja yang berkesan terutamanya untuk mendapatkan bantuan dana dari TEKUN atau agensi-agensi lain. Beliau juga dapat berkongsi maklumat dan pengalaman dengan usahawan lain yang juga mengikuti kelas di Pi ini. Puan Rubiah juga sudah mahir dalam Microsoft Office dan petugas tiada masalah untuk mengajar beliau lagi. Kini petugas sedang memantapkan pengetahuan Puan Rubiah dalam penghasilan logo produk beliau menerusi software Adabe Illustrator dan Adobe Photoshop.

 

 

MEMPELAJARI MICROSOFT WORD

Nama : Jamil bin Razali
Umur : 22
Ahli : 2017

 

Latar Belakang

Jamil adalah seorang pelajar lepasan SPM di Sekolah Menengah Dato Harun. Setelah tamat SPM beliau teruja untuk belajar komputer di Pi Sg Sireh. Beliau adalah seorang pelajar OKU dari segi kesihatan beliau. Beliau agak kurang lemah dalam menggunakan komputer. 
Beliau amat dikenali dikalangan penduduk kampung kerana beliau adalah antara pelajar oku yang aktif dan rajin menolong orang. Beliau selalu ke Pi untuk mempelajari komputer seperti kawan-kawan lain.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau menunjukkan minat belajar ict di Pi apabila ramai kawan-kawan yang datang pandai menggunakan komputer. Beliau amat teruja untuk belajar komputer dengan lebih dekat lagi. Sebelum memulakan sesi pembelajaran beliau didapati agak lambat untuk memahami langkah-langkah menggunakan aplikasi komputer. Setelah diterangkan satu persatu beliau menunjukkan peningkatan dalam menggunakan komputer. Microsoft word adalah peringkat awal untuk mengenal item yang terdapat di dalam komputer.   

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah beberapa bulan belajar komputer, beliau telah pandai dan memahami cara menggunakan komputer tanpa perlu pemantauan. Petugas juga memberi beberapa ujian komputer bagi meningkatkan lagi ingatan beliau dalam asas komputer. Kini beliau tahu cara menggunakan komputer dengan lebih berkesan. Beliau senang diajar walaupun pada mulanya agak lemah.  

 

   

CELIK IT - ABDUL RASHID AZIS (Mempelajari Microsoft word, asas komputer)

Nama :Abdul Rashid bin Azis
Umur : 11
Ahli : 2016


Latar Belakang

Abdul Rashid merupakan ahli baru Pi dan pertama kali menjejak kaki ke Pi ini. Setelah beliau mengetahui berkenaan Pi menyediakan kelas belajar komputer secara percuma, beliau terus berjumpa petugas dan menyuarakan hasrat untuk belajar dari asas komputer sehingga penyuntingan video dan gambar. Beliau juga seorang pelajar yang aktif hadir ke kelas dan banyak bertanya jika beliau terlepas pelajaran komputer ini.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau tidak pernah menggunakan komputer dan pertama kali memasuki kelas, beliau tidak langsung tahu cara menggunakan tetikus. Petugas telah memberi latihan tetikus dan beliau mengambil masa sehari untuk membiasakan penggunaan tetikus. Beliau juga merupakan pelajar yang lemah dalam beberapa subjek kerana beliau tidak terdedah dengan maklumat semasa yang ada di internet terutamanya pembelajaran MyTutor dan Oh My English.

 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas komputer ini, beliau sudah pandai membuat biodata diri dengan menggunakan Microsoft Power Point dengan animasi yang menarik dan kreatif. Beliau juga sudah mahir dalam menaip dan menggunakan tetikus, Selain itu, beliau memberitahu bahawa beliau mendapat A dalam beberapa subjek yang sebelum ini ,mendapat markah C. Ini kerana beliau sering mengikuti kelas E-tutor dan English yang sering diadakan oleh petugas sebagai latihan persediaan UPSR. Beliau juga menggunakan kemudahan ingternet dalam mencari maklumat dengan menggunakan kaedah pencarian yang berkesan hasil pembelajaran di Pi ini. 

 

 
Kisah Kejayaan - SITI ANIZA AMAN( Usahawan Tempe)

Nama : Siti Aniza binti Aman
Umur : 37
Ahli : 2013


Latar Belakang

Puan Aniza hanya membuat tempe sebagai pemakanan seharian keluarga beliau sahaja. Akan tetapi terdapat jiran yang suka akan tempe buatan beliau dan menggalakkan beliau untuk beliau untuk menjual tempe tersebut sebagai sumber pendapatan. Walaubagaimanapun, beliau tidak mempunyai apa-apa asas perniagaan dan beliau tidak tahu bagaimana cara untuk memperkenalkan produk beliau.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM20- RM40 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah kurang 40 unit yang terjual.  


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawan yang dibimbang oleh Pusat Internet Sg Sireh, Puan Aniza baru menyedari bahawa banyak perkara yang beliau perlu pelajari dan mungkin beliau boleh kerugian jika tidak merancang perniagaan dengan betul. Beliau juga sedang mempelajari cara menaip dan menggunakan Microsoft  Word dan Excel supaya beliau lancar untuk menulis surat kepada badan-badan keusawahanan dan menganalisa data keuntungan dan kerugian beliau. Pendapatan bulanan beliau kini meningkat ke RM100-RM400 sebulan bermula awal mei dan jun 2016 ini. 

 

 

Kisah Kejayaan - TOMIRAH PANOT (Jamu Tradisional Melayu)

Nama : Tomirah binti Panot
Umur : 63
Ahli : 2014


Latar Belakang

Puan Tomirah memulakan perniagaan jamu secara manual dan kecil-kecilan di rumah sahaja. Wak Tom tidak mempunyai pengetahuan berkenaan kaedah promosi yang baik dan teknik-teknik pemasaran yang berkesan serta cabang perbadanan yang boleh membantu beliau untuk mengembangkan perniagaan beliau.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200-RM400 sahaja sebulan. Jumlah produk dan pelanggan bulanan adalah kurang 50 orang. 


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan yag dibimbing oleh Pusat Internet Sg Sireh, beliau kini telah memiliki emel sendiri yang mana memudahkan beliau dalam urusan pemasaran melalui facebook, instagram serta urusan perniagaan di institusi seperti pembukaan booth dibangunan MARA. Pelanggan beliau kini sudah berkembang sehingga ke Perak dan mereka sudah mengenali produk kecantikan tempatan Malaysia yang selamat dan diasaskan dari bahan semulajadi. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000-RM2000.

 

CELIK IT - MOHD NAZRIN ABDULLAH (Mempelajari Microsoft Office, asas komputer)

Nama : Mohd Nazrin bin Abdullah
Umur : 11
Ahli : 2016


Latar Belakang

Pelajar ini datang ke Pi Sg Sireh pada mulanya hanyalah sekadar menemani rakannya sahaja. Pernah beberapa kali petugas bertanya bertanya samada beliau ingin menggunakan pc atau tidak kerana beliau hanya akan duduk disebelah rakannya sahaja. Petugas juga pernah melihat beliau tidak berap arif dalam menggunakan komputer apabila rakannya meminta beliau menaip di carian google, dari situ petugas menyedari bahawa beliau tiada asas komputer.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau tidak pernah berpeluang menggunakan laptop atau komputer kerana beliau bukanlah datang dari keluarga yang berada. Malah, beliau teramat kekok menggunakan papan kekunci apabila petugas meminta beliau menaip di Microsoft Word. Selain itu, sikap pendiam beliau menjadikan beliau sukar untuk berkomunikasi dengan baik.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui sesi kelas pertama iaitu 'ice breaking' beliau mula menunjukkan perubahan yang positif dengan bergaul dengan rakan-rakan yang lain. Beliau juga sangat berminat terhadap seni grafik seperti animasi dan karakter kartun dan berusaha untuk mendalami ilmu Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator. Di antara pelajar yang lain, petugas mendapati beliau merupakan seorang pelajar yang kreatif dan lebih bijak mengolah idea dalam pembuatan poster atau grafik apabila di dalam sesi latihan. Beliau juga menjadi peserta didalam pertandingan poster atau grafik apabila didalam sesi latihan. Beliau juga menjadi peserta didalam pertandingan poster kesihatan dan poster dakwah digital serta video mykif anjuran skmm. Beliau juga akan menyertai apa sahaja kelas yang diadakan di Pi Sg Sireh dan kini beliau lebih mahir menggunakan fungsi-fungsi yang ada di dalam komputer berbanding rakan-rakannya yang lain.

 


Kisah Kejayaan - IMARIZA MASLAN (Usahawan Kerepek Pisang Tanduk)

Nama : Imariza binti Maslan
Umur : 36
Ahli : 2012


Latar Belakang

Kerjaya Puan Imariza bermula daripada penglibatan beliau ke kelas keusahawanan yang diadakan di Pusat Internet Sungai Sireh kira-kita 2 tahun yang lepas. Pada awalnya, beliau menyertai kelas tersebut bersama usahawan yang lain hanyalah untuk menimba ilmu disamping melihat perkembangan semasa usahawan di kampungnya. Setelah mendengar pengalaman dan kejayaan usahawan di kampungnya, beliau merasa tertarik untuk memulakan kerjaya sebagai usahawan dengan menjadikan pisang dan ubi sebagai bahan utama perniaagaannya.

 
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau mempunyai asas komputer seperti Microsoft Office tetapi beliau kekurangan ilmu dari segi cara pemasaran yang berkesan dan teknik-teknik promosi produk yang boleh menarik minat pelanggan. Beliau juga kekurangan modal untuk melakukan perniagaan secara besar-besaran, oleh itu beliau bercadang untuk melakukan perniagaan dengan mempromosikan produk beliau melalui online tetapi tidak mempunyai pengetahuan untuk mengadakan promosi secara online tersebut.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah hampir setahun menyertai aktiviti kelas keusahawanan di PI, beliau berjaya mencapai pendapatan hampir rm1500 setiap bulan serta mendapat pelanggan tetap yang akan menempah produk kepada beliau setiap bulan. Beliau juga telah menjalani kelas komputer yang lebih teliti dan mendalam terutamanya penggunaan Microsoft Excel bagi memudahkan beliau mengira akaun untung dan rugi perniagaannya. Disamping itu, beliau dapat belajar risiko dalam perniagaan dan pengalaman dari usahawan yang datang ke kelas keusahawanan di PI dan beliau dapat memperbaiki kekurangan produk dan teknik promosi beliau.

 


Kisah Kejayaan - NORAZILAH ABDUL AZIZ (Usahawan Kerepek dan hasil pertanian)

Nama : Norazilah binti Abdul Aziz
Umur : 44
Ahli : 2014


Latar Belakang

Pn Zila menubuhkan perusahaan beliau pada sekitar tahun 2011 selepas beliau mengikuti kursus ‘Memproses Kerepek Ubi & Pisang’ hanya untuk menemani rakan beliau. Ketika di kursus, nama beliau sering disebut oleh penceramah dengan kata-kata semangat untuk beliau mencuba memulakan perniagaan kerepek. Berkat sokongan daripada keluarga, beliau mencuba membuat kerepek pisang di rumah dan memasarkan kepada seorang peniaga kerepek di Tanjung Karang. Akan tetapi, Pn Zila diuji apabila rumah peniaga tersebut terbakar menyebabkan peniaga itu kerugian dan menghentikan pembelian dengan Pn Zila. Dari situ, Pn Zila memberanikan diri untuk menjual kerepek beliau luar dari Tanjung Karang sehingga beliau mampu membekalkan kerepek hingga ke Alor Setar, Pahang, Johor dan Negeri Sembilan.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Puan Zila mengalami kesukaran untuk membuat kertas kerja bagi mendapatkan dana dan sokongan daripada pihak FAMA dan Amanah Ikhtiar kerana beliau tidak pandai menggunakan komputer. Beliau juga tidak mempunyai email sendiri untuk membantu beliau mempromosikan produk beliau di laman sosial.

 

 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Sg Sireh, beliau kini telah memiliki emel sendiri yang mana memudahkan beliau dalam urusan pemasaran melalui facebook, instagram dan urusan perniagaan serta beliau mendapat peruntukan bangunan kedai (K-Shop) oleh pihak fama dan Koperasi Pembangunan Usahawan Kuala Selangor (KOPEM) hasil keupayaan beliau dalam membuat kertas kerja.